Kampung Titi Panjang
Kampong Titi Panjang | |
---|---|
Koordinat: 6°11′34″N 100°41′47″E / 6.19277°N 100.69641°EKoordinat: 6°11′34″N 100°41′47″E / 6.19277°N 100.69641°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Tekai |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Aras | 69 m (226 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Titi Panjang (Jawi: كامڤوڠ تيتي ڤنجڠ ; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Titi Panjang) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Tekai dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Titi Panjang ialah 06300 Kuala Nerang.
Survei awal mengenai kewujudan Kampung Titi Panjang telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Titi Panjang telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Titi Panjang turut dipetakan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 42 dan garisan timuran 65 (rujukan grid empat angka bagi kampung terbabit ialah 6542, dengan paparan nama sebagai "Kg. Titi Panjang").[3]
Kedudukan koordinat geografi mengenai Kampung Titi Panjang pula direkodkan dalam gazetir yang bernama, Gazetter (No. 11): Malay States yang diterbitkan pada tahun 1944. Gazetir ini telah diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik dalam Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (United States Department Of The Navy). Dalam gazetir tersebut, kedudukan koordinat geografi bagi Kampung Titi Panjang terletak di 6°12′N 100°42′E / 6.200°N 100.700°E.[2]
Kampung Titi Panjang secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Tekai, iaitu mukim di selatan Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[3] Kampung Titi Panjang diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).
Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Titi Panjang ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 69 meter (226.4 ka).[1] Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian timur Kampung Titi Panjang. Bukit Kolam yang mempunyai tinggi sebanyak 215 meter (705.4 ka) di atas permukaan air laut merupakan puncak tertinggi yang terletak berhampiran dengan Kampung Titi Panjang; di mana kedudukan Bukit Kolam dengan Kampung Titi Panjang adalah 2.5 km (1.6 bt) ke bahagian timur. Selain itu juga, Bukit Tok Kaya juga merupakan sebuah bukit yang terletak berhampiran dengan Kampung Titi Panjang. Didapati juga dalam peta Malaya 1945, terdapat anak sungai semula jadi yang berpunca di Bukit Kolam yang mengalir di sekitar Kampung Titi Panjang.[1][3]
Dalam peta Malaya 1945 terbitan Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang lima buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Titi Panjang pada tahun 1930. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Titi Panjang ialah petempatan berkelompok dan petempatan berselerak. Kesemua kediaman manusia di Kampung Titi Panjang dibina di sebuah kawasan lapangan yang dikelilingi oleh belukar dan sawah padi. Hampir guna tanah di Kampung Titi Panjang ialah belukar. Terdapat juga tanah di Kampung Titi Panjang yang digunakan untuk aktiviti pertanian. Pada tahun 1930, tiada ladang getah, atau buah-buahan di Kampung Titi Panjang Itun namun terdapat kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang) dan kelapa sawit di sekitar lembah-lembah sungai yang tak bernama.[3][4]
Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Titi Panjang, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[5] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes pada tahun 2000, guna tanah di kawasan perkampungan Kampung Kampung Titi Panjang diinterprestasikan sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk pembangunan kediaman manusia, tanah pertanian, dan tanah semula jadi, yang sentiasa diairi dengan air hujan.[5][6]
Kampung Titi Panjang merupakan sebuah petempatan yang terletak di kawasan luar bandar. Kampung Titi Panjang dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah sahaja pada tahun 1930. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Titi Panjang adalah seperti berikut.[1][3]
|journal=
(bantuan)
Bandar dan pekan | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mukim dan kampung |
|