Kampung Mong Gajah Ulu | |
---|---|
Koordinat: 6°17′N 100°50′E / 6.283°N 100.833°EKoordinat: 6°17′N 100°50′E / 6.283°N 100.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Pedu |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• AP Padang Terap | Nurul Amin Hamid (PN |
Aras | 147 m (482 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 0 orang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | 604 |
Kampung Mong Gajah Ulu (Jawi: كامڤوڠ موڠ ڬاجه اولو ), juga dikenali sebagai Kampong Mong Gajah Ulu dan Kampung Mong Gajah Hulu ialah sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Pedu, Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Mong Gajah Ulu ialah 06300 Kuala Nerang.
Kampung Mong Gajah Ulu wujud pertama kali di dalam peta Alor Star siri HIND 1076 yang diterbitkan oleh Survey of India pada tahun 1948.[3]
Kampung Mong Gajah Ulu secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[4][5]
Lokasi sebenar Kampung Mong Gajah Ulu adalah tidak diketahui. Menurut sumber pertama, dalam buku Gazetter (No. 10) – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names yang diterbitkan pada 1955, Kampung Mong Gajah terletak di koordinat 6°17′N 100°50′E / 6.283°N 100.833°E,[2] manakala menurut sumber kedua iatu Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada 1944, menyebutkan lokasi Kampung Mong Gajah Ulu terletak di koordinat 6°12′N 100°49′E / 6.200°N 100.817°E.[6]
Mengikut topografi kawasan, Kampung Mong Gajah Ulu terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 147 meter (482.3 ka). Kampung Mong Gajah Ulu terletak di kawasan pergunungan Genting Kerenai dan terletak berhampiran antara persempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand. Antara bukit dan gunung berdekatan dengan kampung ini ialah Bukit Pakir Terbang (atau Khao Po Koe Pae Bang), Bukit Kulit Mentimun dan Genting Gerah (atau Chong Kara).[1][7] Kampung Kampung Mong Gajah Ulu juga terletak di kawasan lembah sungai Sungai Mong Gajah (atau Sungei Mong Gajah).[5]
Kampung Mong Gajah Ulu juga terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][3]
Iklim di kawasan perkampungan ini ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[8]