Kampung Tandop Baharu
Kampong Tandop Baharu | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. | |
Koordinat: 6°14′50″N 100°42′41″E / 6.24712°N 100.71132°EKoordinat: 6°14′50″N 100°42′41″E / 6.24712°N 100.71132°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Pedu |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Aras | 66 m (217 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Tandop Baharu (Jawi: كامڤوڠ تندوڤ بهارو ; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Tandop Baharu) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Kampung Tandop Baharu ialah 06300 Kuala Nerang.
Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Tandop Baharu telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Tandop Baharu telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Tandop Baharu turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 72 (rujukan grid RG4472, dengan paparan nama sebagai "Kg. Tandop Baharu").[2] Toponim kampung ini iaitu Kampung Tandop Baharu telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 8 April 2023. Pengenal pasti Kampung Tanfop Baharu dalam GeoNames ialah 12522660.[1]
Kampung Tandop Baharu secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2] Kampung Tandop Baharu diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).
Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 66 meter (216.5 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah Sungai Kesai. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian utara dan timur laut Kampung Tandop Baharu. Bukit Ular Selatan yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 104 meter (341.2 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 2.57 kilometer (1.6 bt) ke arah barat laut dari Kampung Tandop Baharu.[1] Sungai Kesai yang berkuala di Sungai Pedu di Kampung Pajak Emah turut menelusuri Kampung Tandop Baharu.[2][3]
Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang 24 buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Tandop Baharu ialah petempatan berselerak dan petempatan berjajar (atau petempatan linear). Terdapat beberapa rumah penduduk dibina di tebing Sungai Kesai dan ada juga rumah penduduk yang dibina di kaki-kaki bukit. Hampir guna tanah di Kampung Tandop Baharu digunakan untuk pertanian kerana kedudukan kampung ini yang strategik iaitu di lembah Sungai Kesai. Di kawasan lembah sungai ini, penduduk setempat telah menjadikan kawasan itu sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka. Terdapat juga sebahagian kawasan belukar di Kampung Tandop Baharu yang tertumpu di bahagian barat, selatan dan timur kampung ini. Kawasan perladagan untuk aktiviti pertanian tertumpu di bahagian selatan, terutama di lembah Sungai Kesai.[2][3]
Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Tandop Baharu, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[4] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, tanah di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu dilitupi dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[4][5]
Kampung Tandop Baharu merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Tandop Baharu dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Tandop Baharu adalah seperti berikut.[1][2]
Iklim di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di Kampung Tandop Baharu untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Tandop Baharu dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Tandop Baharu ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[7][8] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[7][8]
|journal=
(bantuan)
Bandar dan pekan | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mukim dan kampung |
|