Kampung Gua | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. | |
Koordinat: 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°EKoordinat: 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°E[1] | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Batang Tunggang Kanan |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Kuala Nerang |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• Ahli Parlimen (Padang Terap) | Nurul Amin Hamid (PN) |
Aras | 62 m (203 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 0 orang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Gua (Jawi: كامڤوڠ ڬوا ), juga dikenali sebagai Kampong Gua merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kanan, di utara Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Gua ialah 06300 Kuala Nerang.
Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Gua telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Gua telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Gua" turut dipaparkan dan didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 81 (rujukan grid RG4481, dengan nama Kg. Gua).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Gua pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°19′N 100°43′E / 6.317°N 100.717°E.[1]
Kampung Gua secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kanan, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[3][4]
Berdasarkan bentuk muka bumi kawasan setempat, Kampung Gua terletak di kawasan tanah pamah, di ketinggian dari atas min aras laut mencecah 62 meter (203.4 ka).[2] Perkampungan kecil ini terletak berhampiran dengan kawasan perhutanan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Padang Terap. Terdapat ciri-ciri pandang darat budaya seperti sungai dan bukit yang berhampiran dengan Kampung Gua. Titik tertinggi di persekitaran Kampung Gua ialah terletak di timurnya, yang dikenali sebagai Bukit Gua, dengan ketinggian mencecah 307 meter (1,007.2 ka) dari aras laut. Selain itu, Genting Sempit, merupakan genting yang terletak berhampiran dengan Kampung Gua. Charok Bukit Gua dan Charok Inning (atau Charok Ining) merupakan sungai yang berpunca di Bukit Gua, yang mengalir dari pergerakan timur ke barat, di sepanjang kawasan Kampung Gua.[3][4]
Kampung Gua terletak di bahagian timur laut Daerah Padang Terap dalam bahagian barat Mukim Batang Tunggang Kanan. Petempatan yang terdekat dengan Kampung Gua iaitu, Kampung Jering, Kampung Tabuan, dan Kampung Baroh Tok Bujang di bahagian utara, Kampung Kah Ing di bahagian timur laut, Kampung Surau Seberang, Kampung Surau dan Kampung Padang Kempas di bahagian selatan, Kampung Banggol, Kampung Tandop Tok Smat, Kampung Bukit Ular, Kampung KEDA Bukit Ular di bahagian barat daya, Kampung Kubang Palas di bahagian barat, dan Kampung Ulu dan Kampung Seberang di bahagian barat laut. Pekan yang berhampiran dengan Kampung Gua ialah Pekan Padang Sanai, yang terletak di bahagian barat laut.[2][3][4]
Iklim di sekitar kawasan Kampung Gua ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Gua untuk tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[5][6]
Terdapat 10 buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Gua, dengan pola petempatan berjenis petempatan berpusat, dalam peta F.M.S Survery. Disebabkan terletak di kawasan lembah sungai Charok Inning dan terletak di muara Charok Bukit Gua, terdapat beberapa kawasan dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) yang ditanam oleh penduduk setempat.[3][4] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Gua perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7][8] Kawasan perkampungan Kampung Gua kini dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan kelapa sawit, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[9][10]
Kampung Gua dahulunya dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3][4]
|journal=
(bantuan)
Bandar dan pekan | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mukim dan kampung |
|