Kampung Kuala Seraya | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. | |
Koordinat: 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°EKoordinat: 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Batang Tunggang Kiri |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Kuala Nerang |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• Ahli Parlimen (Padang Terap) | Nurul Amin Hamid (PN) |
Aras | 150 m (490 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 0 orang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Kuala Seraya (Jawi: كامڤوڠ كوالا سرايا ), juga dikenali sebagai Kampong Kuala Seraya merujuk kepada sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kiri, di utara Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Kuala Seraya ialah 06300 Kuala Nerang.
Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Kuala Seraya telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Kuala Seraya telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Kuala Seraya" turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di rujukan grid RG4289 (dengan nama Kg. K. Seraya).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Kuala Seraya pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E.[2]
Kampung Kuala Seraya secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kiri, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[5]
Mengikut topografi kawasan setempat, Kampung Kuala Seraya terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 150–76 meter (492.1–249.3 ka).[1] Kampung Kuala Seraya merupakan kawasan perkampungan dalam kawasan perhutanan dipterokarpa pamah dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai. Bukit Goh Lembu dan Bukit Nguan masing-masing merupakan gunung dan bukit yang berhampiran dengan kampung ini. Sungai yang berhampiran dengan Kampung Kuala Seraya ialah Sungai Seraya yang mengalir di sepanjang kawasan perkampungan Kampung Kuala Seraya, dan Charok China yang merupakan anak sungai bagi Sungai Seraya. Sumber bagi Charok Dama (atau Charok Damar) dan Charok Airut (atau Charok Aut) terletak di sebelah barat laut Kampung Kuala Seraya.[5][3][4]
Kampung Kuala Seraya terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][5]
Iklim di sekitar kawasan Kampung Kuala Seraya ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Kuala Seraya untuk tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[6][7]