Kampung Charok Bangor
Kampong Charok Bangor Kampung Charok Bongor | |
---|---|
Koordinat: 6°14′21″N 100°36′53″E / 6.2393°N 100.61486°EKoordinat: 6°14′21″N 100°36′53″E / 6.2393°N 100.61486°E[1] | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Belimbing Kanan |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Kuala Nerang |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Aras | 56 m (184 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Charok Bangor (Jawi: كامڤوڠ چاروق باڠور ), juga dieja sebagai Kampong Charok Bangor dan Kampung Charok Bongor (Jawi: كامڤوڠ چاروق بوڠور ),[2] merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][3] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Belimbing Kanan dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][4] Poskod bagi Kampung Charok Bangor ialah 06300 Kuala Nerang.
Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Charok Bangor telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Charok Bangor telah ada sejak tahun 1930-an. Kampung Charok Bangor turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 32 dan garisan timuran 70 (rujukan grid RG3270, dengan nama Kg. C. Bangor).[4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Charok Bangor pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°14′N 100°37′E / 6.233°N 100.617°E.[3]
Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Charok Bangor terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 56 meter (183.7 ka).[1] Bukit Gedong, Bukit Tok Din dan Bukit Pinang masing-masing mempunyai titik tertinggi 49 meter (160.8 ka), 51 meter (167.3 ka) dan 57 meter (187.0 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Bukit Gedong terletak kira-kira 1.45 kilometer (0.9 bt) ke arah timur laut dari Kampung Charok Bangor manakala Bukit Tok Din pula terletak kira-kira 0.66 kilometer (0.4 bt) ke arah timur laut dari Kampung Charok Bongor. Bukit Pinang pula terletak kira-kira 0.58 kilometer (0.4 bt) ke arah tenggara dari kampung ini.[1][5] Anak sungai kepada Sungai Pedu iaitu Charok Jelutong (atau Caruk Jelutong) turut melalui Kampung Charok Bangor dengan pergerakan arus dari selatan ke utara iaitu ke hilirnya di Sungai Pedu.[4][5]
Petempatan yang terdekat dengan Kampung Charok Bangor adalah seperti berikut:[1][5]
Bandar besar yang berhampiran dengan Kampung Charok Bangor ialah Bandar Kuala Nerang, di utara Kampung Charok Bangor.[4]
Iklim di sekitar kawasan Kampung Charok Bangor ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Charok Bangor untuk jangka tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[6][8]
Pada peta FMT Survey, terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan Kampung Charok Bangor, lebih kurang lima unit rumah, dengan pola petempatan berjenis petempatan berpusat. Hampir kesemua kawasan Kampung Charok Bangor merupakan belukar pada tahun 1930. Di bahagian barat daya dan timur laut kampung, telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang tali air dari Charok Jelutong. Sumber ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja.[4] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 250 hingga 1000 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Charok Bangor, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[9] Kawasan perkampungan Kampung Charok Bangor dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[9]
|journal=
(bantuan)