Kampung Mong Gajah Ilir | |
---|---|
Koordinat: 6°13′N 100°50′E / 6.217°N 100.833°EKoordinat: 6°13′N 100°50′E / 6.217°N 100.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Pedu |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
• AP Padang Terap | Nurul Amin Hamid (PN |
Aras | 103 m (338 ft) |
Penduduk | |
• Jumlah | 0 orang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | 604 |
Kampung Mong Gajah Ilir (Jawi: كامڤوڠ موڠ ڬاجه ايلير ), juga dikenali sebagai Kampong Mong Gajah Ilir dan Kampung Mong Gajah Hilir ialah sebuah kampung yang ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Pedu, Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Mong Gajah Ulu ialah 06300 Kuala Nerang.
Kampung Mong Gajah Ilir wujud pertama kali di dalam peta Alor Star siri HIND 1076 yang diterbitkan oleh Survey of India pada tahun 1948.[3]
Kampung Mong Gajah Ilir secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[4][5]
Menurut buku Gazetter (No. 10) – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names yang diterbitkan pada 1955 dan buku Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada 1944, lokasi Kampung Mong Gajah Ilir terletak di koordinat 6°17′N 100°50′E / 6.283°N 100.833°E.[2][6]
Mengikut topografi kawasan, Kampung Mong Gajah Ilir terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 103 meter (337.9 ka). Kampung Mong Gajah Ilir terletak berhampiran antara persempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand. Antara bukit dan gunung berdekatan dengan kampung ini ialah Bukit Pakir Terbang (atau Khao Po Koe Pae Bang), Bukit Batu Taja, Puchok Ayer Pedu (atau Tambau Kara), Bukit Rambai (atau Khao Raem Pai), dan Gunung Khao Lam Ban.[1][7] Kampung Kampung Mong Gajah Ilir juga terletak di kawasan lembah sungai Sungai Mong Gajah (atau Sungei Mong Gajah).[5]
Kampung Mong Gajah Ilir juga terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][3]
Iklim di kawasan perkampungan ini ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[8]