Sambal mempunyai ketekalan yang lebih pekat dan mengandungi lebih banyak rempah. Sambal dapat berbeza-beza antara kurang pedas sehingga sangat pedas. Terdapat beberapa jenis kelainan, termasuklah:
Sambal asam: Sambal ini mirip dengan sambal belacan dan mengandungi asam, biasanya asam jawa
Sambal bajak: Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, belacan dan ramuan-ramuan yang lain.
Sambal belacan: Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
Sambal bongkot: Sambal khas dari Bali dengan campuran rasa manis, masam, dan pedas, dibuat dengan batang bunga kantan, bawang merah, cili, belacan bakar, gula, garam, dan perahan limau nipis.[10]
Sambal goreng: Sambal ini berasa manis yang berbeza daripada sambal lain. Ia mengandungi kacang, ikan bilis, kentang, tempe dan kepingan soya kering yang dimasak bersama kicap soya. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
Sambal jeruk: Sambal ini mengandungi cili hijau dan limau nipis.
Sambal luat: Sambal berasal dari Nusa Tenggara Timur dibuat dari cili, limau nipis, daun siba, dan daun kemangi.[11] Sambal ini biasa disantap dengan daging se'i dan jagung bose.[12] Terdapat juga resipi sambal lu'at yang dimasak dengan akar buluh.[13]
Sambal kacang: Sambal ini mengandungi kacang tanah dengan rasa pedas manis. Mungkin ditambah ikan bilis (seperti di Kepulauan Riau).[9]
Sambal tomato: Sambal ini dicampur dengan tomato, baik yang dihiris kecil-kecil atau dilumatkan.
Sambal terasi: Sambal yang didapati di Jawa Timur[9] tersebar sejauh Belanda.[15] ini mempunyai rasa lebih masam berbanding sambal belacan; ia mengandungi cili merah dan hijau, belacan, gula, garam, dan limau nipis.
Sambal udang: Sambal ini mengandungi cili yang digoreng dengan minyak, bawang putih dan udang.
Sambal ulek: Sesetengah resepinya juga menggunakan garam dan limau nipis.
Sambal pehek: Sambal ini menggunakan cili padi atau cili api yang ditumis bersama campuran lain sehingga masak. Lazimnya, sambal ini mampu bertahan lama kerana kandungannya yang mudah dan minyak yang banyak.
Sambal bacang: Sambal ini menggunakan buah bacang, cili, belacan dan bawang.
Sambal hitam belimbing buluh: Sambal ini menggunakan belimbing buluh, ikan bilis, cili api, cili merah, bawang besar.
Sambal budu: Sambal ini menggunakan budu, cili api, limau kasturi, air asam jawa, bawang putih, bawang merah dan gula.
en Roorda, Gericke (1901). "sambêl". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 18: SaDha–SaNga. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 1: 874 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KN. een toespijs bij de rijst, een mengsel van gemalen spaansche peper, zout en trasi...
^"Balado". Indonesia Eats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
^ abcdeSurya, Reggie; Tedjakusuma, Felicia (2022). "Diversity of sambals, traditional Indonesian chili pastes". Journal of Ethnic Foods. 9 (25). doi:10.1186/s42779-022-00142-7.