Seri kaya | |
---|---|
![]() Sebotolmatamís sa báo (seri kaya) dari Filipina | |
Nama alternatif | |
Jenis | Sapuan, pencecah |
Tempat asal | Melaka ![]() |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara Maritim[1] |
Masakan berkaitan | Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Negara Thai |
Bahan utama | Kelapa, gula, telur |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Seri kaya (Jawi: سري كاي ) atau juga dipanggil sekaya atau hanya kaya (bahasa Inggeris: Coconut jam ), merujuk kepada sejenis sapuan manisan yang dimakan bersama roti. Ia diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Seri kaya terkenal di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Perkataan kaya dalam bahasa Melayu itu sendiri membawa kepada tekstur jem yang pekat dan manis.
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.
Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.
Kaya digunakan dalam pencuci mulut masyarakat peranakan Chetty di Melaka seperti pada resipi pulut taitai atau pulut tekan, resipi gabungan pulut yang diwarnakan biru dengan ekstrak urang aring atau (bunga telang), dan pulut seri muka, pencuci mulut manis berwarna hijau dengan ekstrak pandan, digabungkan dengan pulut. untuk buat kuih seri kaya.