Nasi Dagang ناسي داڬڠ | |
---|---|
![]() Nasi dagang Terengganu. | |
Nama alternatif | Nasi Dagae |
Jenis | Hidangan ![]() |
Jenis sajian | hidangan utama |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Pantai Timur |
Dicipta oleh | Melayu Terengganu |
Suhu penghidangan | panas |
Bahan utama | nasi dan pulut, santan, halba, gulai ikan (aye atau tongkol), acar sayur |
Keragaman/variasi | nasi dagang Kelantan , nasi dagang Kedah , nasi dagang Johor |
508 [1] kcal | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Nasi dagang (Jawi: ناسي داڬڠ ) merupakan hidangan tempatan istimewa yang berasal dari Malaysia. Hidangan ini sememangnya terkenal di sekitar pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan sejauh pesisir Kedah , Pahang dan Johor, namun ia juga boleh didapati di rantau selatan Thailand (merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat) serta di Kepulauan Riau seperti (Tanjung Pinang , Natuna [2][3] dan Anambas di Indonesia).[4]
Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna perang kerana menggunakan beras berbeza dikenali sebagai 'beras dagang'.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong=potong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.
Nasi dagang yang dimasak dalam Kepulauan Riau diperisakan dengan santan kelapa sebelum dikukus; ia disajikan dengan ikan tongkol, ikan bilis, ikan tamban, telur ayam, dengan sambal. Dan dibungkus dengan daun pisang.
Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.
Nasi dagang juga terdapat di wilayah-Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat di Thailand.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.