Kelantan
Klatè | |
---|---|
Kelantan Darul Naim کلنتن دار النعيم | |
Transkripsi lain | |
• Tulisan Jawi | کلنتن |
• Tulisan Thai | กลันตัน (Klạntạn) กือลาแต (Kụ̄x lātæ) |
• Tulisan Cina | 吉兰丹 atau 吉蘭丹 (Jí lán dān) |
Nama panggilan: Negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga | |
Cogan kata: "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan" برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن | |
Lagu: Selamat Sultan | |
Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°EKoordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E | |
Ibu negeri | Kota Bharu |
Bandar diraja | Kubang Kerian |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Islamik & Raja berperlembagaan |
• Al-Sultan | Muhammad V |
• Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud (PN-PAS) |
Keluasan | |
• Jumlah | 15,040 km2 (5,810 batu persegi) |
Aras tertinggi | 2,183 m (7,162 ft) |
Penduduk (2021)[2] | |
• Jumlah | 1,812,300 |
• Kepadatan | 120/km2 (310/batu persegi) |
• Kumpulan etnik | 96.6% Melayu 3.6% Cina 0.5% India 0.6% lain-lain |
• Demonim | Oghe Klaté Sek Klaté |
Bahasa | |
• Rasmi | Bahasa Melayu |
• Pertuturan |
|
Penubuhan | |
• Dibawah Kerajaan Pattani[3] | 1650 |
• Naungan Siam[3] | November 1786 |
• Kesultanan Kelantan moden[4] | 1800 |
• Diserahkan kepada British[4] | 9 Julai 1909 |
• Pendudukan Jepun[4] | 8 Disember 1941 |
• Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[5] | 1 Februari 1948 |
• Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[6] | 31 Ogos 1957 |
• Membentuk Persekutuan Malaysia[7] | 16 September 1963 |
Poskod kebangsaan | 15xxx hingga 18xxx |
Kod panggilan | 09 |
Kod ISO 3166 | MY-03 |
Pendaftaran kenderaan | D |
IPM (2022) | 0.752 (tinggi) (ke-16) |
KDNK (2021) | RM25.8 bilion |
KDNK per kapita (2021) | RM14,683 |
Laman sesawang | www |
Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم ) atau nama pendeknya Kelantan (sebutan tempatan: Klatè, i/klɑːˈtɛ/) merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 15,040 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM7,985 pada tahun 2006, iaitu kira-kira sebahagian kecil daripada negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.[8] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Kelantan mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM13,593 pada 2017.[9]
Berdasarkan pada Statistik Penduduk Suku ke-4 2019, Kelantan mempunyai seramai 2,000,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar iaitu sebanyak 96%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 96% daripada penduduk Kelantan beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%. Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai peratus penduduk Melayu yang tinggi selain Terengganu iaitu sebanyak 96% berbanding negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung.
Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok gelam (Melaleuca leucadendra). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Namun teori yang lebih tepat mengatakan nama Kelantan berasal daripada perkataan "kolam tanah".[10]
Perkataan "kolam tanah" dipercayai berasal daripada perkataan India iaitu Kolaan Thana atau Kolaam Thana yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan.
Gelaran Darul Naim yang diberikan kepada Negeri Kelantan bermaksud "Negeri/Kediaman yang menyenangkan". Perkataan "Darul" berasal daripada perkataan Arab iaitu "دار" yang bermaksud rumah atau kediaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "Naim" jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu ianya bermakna menyenangkan.
Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama panggilan Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.[11] Kelantan juga pada ketika dahulu dikenali sebagai Paris of Malaya (Paris Tanah Melayu) kerana keruntuhan sosial dan aktiviti pelacuran yang terkenal di Tanah Melayu ketika itu, namun istilah itu lenyap apabila digantikan dengan fahaman Islam yang dibawa oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1990 dan Kelantan sejak itu digelar "Serambi Mekah" dibawah pentadbiran PAS bersama slogan "Membangun Bersama Islam" hingga kini.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah.[12][13] Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Khmer, Champa dan Siam.[14][15] Kira-kira pada tahun 1411,terdapat raja yang beragama islam yang bernama Raja Kumar.Kelantan merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting.
Pada 1499, Kelantan telah menjadi negeri bawahan Kesultanan Melaka.[16] Legenda Cik Siti Wan Kembang dikatakan telah memerintah Kelantan dari abad ke-16 hingga ke-17. Dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Konfederasi Patani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Long Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang mempunyai penduduk terbanyak serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan juga pertikaian,seperti yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Setelah kematian Long Muhammad yang tidak mempunyai anak mencetuskan satu lagi perang saudara di kalangan penuntut takhta. Anak saudaranya dan anak kepada Long Tan (Temengggong), Long Senik Mulut Merah, berjaya mengatasi bapa saudaranya dan sepupunya dan menaiki takhta pada tahun 1835 sebagai Sultan Muhammad II.
Sultan Muhammad II memanfaatkan pakatan longgarnya dengan Siam untuk membentuk negeri Kelantan moden, berpusat di kubu barunya di tebing timur sungai Kelantan, yang menjadi Kota Bharu pada tahun 1844.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri[17]. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).[18]
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar Kelantan sekarang ialah Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS). Kerajaan Kelantan juga mempunyai Bendahara dan Temenggung.
Kelantan terbahagi daripada 11 jajahan yang mana ianya diketuai oleh ketua jajahan.[19] Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
Kelantan telah diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 1990. Ia kini merupakan salah satu daripada tiga negeri Malaysia yang diperintah oleh PAS selepas pilihan raya 2018, diikuti dengan Terengganu dan Kedah. Hampir kesemua ahli PAS adalah Melayu Islam, begitu juga kira-kira 95% penduduk Kelantan.
Negeri Kelantan hampir sinonim dengan PAS, kerana Kelantan telah berada di bawah pemerintahan PAS selama dua tempoh yang panjang. (Terengganu yang berjiran juga pernah berada di bawah pemerintahan PAS dua kali, tetapi untuk tempoh yang singkat [1959–1962 dan 1999–2004].) Tempoh pertama pemerintahan PAS di Kelantan bermula dua tahun selepas merdeka, pada 1959, dan berlangsung selama 18 tahun ( 1959–1977); tempoh semasa adalah selama 28 tahun dan semakin bertambah (1990- ). Pada November 1977, darurat di Kelantan telah diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan berikutan krisis politik dan keganasan jalanan. Pilihan raya berlaku tidak lama selepas darurat yang dimenangi oleh UMNO.
Selama dua tempoh pemerintahan PAS, apabila gabungan Barisan Nasional memerintah negeri itu, hanya kira-kira 12 tahun (11 Mac 1978 hingga 21 Oktober 1990). Pada Pilihan Raya Umum 1990, PAS kembali dengan kemenangan besar, memenangi kesemua 39 kerusi Dun dan 13 Parlimen. Kemenangan itu dicapai melalui gabungan pimpinan PAS, yang dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihan Raya Umum berikutnya pada 1995, PAS menang sekali lagi, walaupun dengan majoriti yang berkurangan. PAS menang besar pada 1999, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemarahan orang Melayu terhadap layanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pegawai kerajaan negara yang lain. Bagaimanapun, PAS hampir-hampir kehilangan kawalan ke atas Kelantan, mengekalkannya dengan hanya majoriti 1 kerusi, pada tahun 2004, apabila Barisan Nasional, di bawah kepimpinan baharu Abdullah Badawi selepas persaraan Tun Mahathir, menang secara besar-besaran secara nasional. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum Malaysia 2008, PAS memperoleh semula majoriti dua pertiga kerusi di DUN.
Kelantan terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand. Kelantan adalah sebuah negeri di dalam wilayah geo-budaya peradaban Melayu timur laut. Kelantan kaya dengan sumber asli tempatan dan berkeluasan 14,922 kilometer persegi. Kelantan agak terpisah dari negeri-negeri lain akibat Banjaran Titiwangsa.
Negeri ini terbahagi kepada 11 jajahan iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli Gua Musang dan Lojing. Bandar utama di negeri Kelantan termasuk Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada November, Disember dan Januari (musim tengkujuh). Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.
Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 28 °C.
Etnik | Bilangan |
---|---|
Bumiputera | 1,757,200 |
Cina | 32,661 |
India | 4,700 |
Lain-lain | 11,000 |
Bukan warganegara | 40,300 |
Jumlah | 1,857,600* |
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1980 | 893,753 | — |
1991 | 1,207,684 | +35.1% |
2000 | 1,313,014 | +8.7% |
2010 | 1,539,601 | +17.3% |
2021 | 1,899,700 | +23.4% |
Source:[21] |
Bilangan penduduk Kelantan mengikut jajahan.[22]
Kedudukan | Jajahan | Bendera | Lambang | Bilangan penduduk (2021) |
---|---|---|---|---|
1 | Kota Bharu | 562,400 | ||
2 | Pasir Mas | 231,900 | ||
3 | Tumpat | 181,700 | ||
4 | Bachok | 158,900 | ||
5 | Tanah Merah | 152,400 | ||
6 | Pasir Puteh | 137,400 | ||
7 | Kuala Krai | 105,900 | ||
8 | Machang | 102,900 | ||
9 | Gua Musang | 102,500 | ||
10 | Jeli | 55,600 | ||
11 | Lojing | - | 10,700 |
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah didominasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala (Jala), Narathiwat (Menara), Patani dan Songkhla (Senggora).
Di bawah perjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kebudayaan Kelantan yang unik, Mak Yong diiktiraf oleh UNESCO. Bentuk teater purba ini dicipta oleh masyarakat Melayu Malaysia menggabungkan lakonan, muzik vokal dan instrumental, gerak isyarat dan pakaian rumit. Khususnya kepada kampung-kampung Kelantan di barat laut Malaysia, di mana tradisi itu berasal, Mak Yong dilakukan terutamanya sebagai hiburan atau untuk tujuan ritual yang berkaitan dengan amalan penyembuhan.[23][24]
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan. Kini, masyarakat semakin mengenali dan mengetahui khasiat budu. Di samping itu, nasi kerabu juga popular di negeri Kelantan. Hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai makanan lain yang enak di negeri Kelantan antaranya nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi kapit, nasi air, laksam, kuih akok, kuih talam, ayam percik dan ketupat sotong.[25][26]
Penduduk di Kelantan kebanyakannya menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini merupakan loghat daripada bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut Terengganu.
Para pentadbir kerajaan Kelantan Darul Naim | |
---|---|
Raja dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan (sehingga tahun 1898) | Sultan Omar ibni al-Mahrum Raja Sakti • Sultan Long Bahar ibni al-Marhum Wam Daim • Raja Long Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Long Bahar • Interregnum • Raja Long Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Long Bahar • Raja Long Pandak ibni al-Marhum Tuan Sulong • Raja Long Muhammad ibni al-Marhum Tuan Sulong • Sultan Long Yunus ibni al-Marhum Raja Long Sulaiman • Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur • Sultan Muhammad I ibni al-Marhum Long Yunus • Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Temenggong Tengku Long Lan • Long Jinal (pemangku sultan) • Sultan Ahmad ibni al-Marhum Sultan Muhammad • Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad • Long Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (pemangku sultan) • Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad |
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negara Kelantan Darul Naim (tahun 1898-1900) | |
Raja dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan (tahun 1900-1911) | |
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negara Kelantan Darul Naim (bermula tahun 1911-kini) | Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad • Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad • Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad • Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim • Tengku Ismail Petra (pemangku sultan) • Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra • Tengku Muhammad Faris Petra (pemangku sultan) • Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra • Tengku Muhammad Faiz Petra (pemangku sultan) • Sultan Muhammad V Faris ibni Sultan Ismail Petra |
Menteri Besar (1775-kini) | Engku Sri Maharaja Perdana Menteri Long Abdul Ghafar • kosong (1794-1800) • Wan Mahmud bin Ibrahim • Raja Kampung Laut Tuan Besar bin Raja Muda Ismail • Engku Sri bin Long Abdul Ghafar • Nik Abdul Majid bin Nik Yusoff • Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (kali pertama) • Dato' Maha Menteri Saad bin Ngah • Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Nik Abdul Majid (kali ke-2) • Dato' Menteri Hassan bin Mohd Salleh • kosong (1920-1921) • Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail • Dato' Seri Setia Raja Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud • Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah bin Raja Dewa Long Zainal Abidin • Datuk Ishak Lotfi (kali pertama) • Datuk Mohd Asri Muda • Datuk Ishak Lotfi (kali ke-2) • Datuk Mohamad Nasir • Hashim Aman (pentadbir persekutuan) • Tan Sri Mohamed Yaacob • Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat • Datuk Ahmad Yakob |
Penasihat Thailand (1903 -1909) | |
Penasihat British (1910-1941) | James Scott Mason • James E. Bishop (pemangku) • Thomas Watts Clayton (pemangku) • William Langham-Carter • Roland John Farrer (pemangku) • John Whitehouse WardHughes • Henry Wagstaffe Thomson • Arthur Furley Worthington (pemangku Thompson) • Arthur Furley Worthington • Henry Charles Eckhardt (pemangku Furley Worthington) • George Ernest Shaw • Reginald John Byard Clayton • Alwyn Sidney Haynes • Thomas Perowne Coe (pemangku Haynes) • William Douglas Barron (pemangku) • Alan Custance Baker • Eric Tredgear Williams |
Setiausaha Pentadbiran Negeri Jepun (1941-1943) | Hideo Niizuma • Yasushi Sunakawa • Kikura Fujisawa |
Pesuruhjaya Ketenteraan Thailand (1943-1945) | Charu Chaichan • Tharin Rawang Phu |
Pesuruhjaya Residen British (1945-1955) | Anker Rentse • William Alexander Gordon-Hall (pemangku)• William Foster Norton Churchill • Richard John Froude Curtis (pemangku Churchill) • Mervyn Cecil Sheppard (pemangku Churchill) • Alexander Noel Ross • Sir Derek Headly |
Penasihat British (1955-1957) | George Shirley Rawlings |
Jajahan | |
---|---|
Bandar | Kota Bharu (ibu negeri) • Air Lanas • Bukit Bunga • Bukit Panau • Bukit Tuku • Bunut Payong • Chempaka • Chetok • Chiku • Dabong • Demit • Gaal • Galas • Gual Ipoh • Gual Periok • Guchil • Jelawat (mukim) • Kadok • Kelaboran • Kemahang • Kemuning • Ketereh • Kijang • Kok Lanas • Kota Darulnaim • Kota Lama • Kuala Balah • Kubang Kerian • Limbongan • Manek Urai • Melor • Mengkebang • Meranti • Nenggiri • Palekbang • Paloh • Panchor • Pasir Mas • Pasir Pekan • Pasir Tumboh • Pengkalan Chepa • Pengkalan Kubur • Pengkalan Pasir • Perupok • Pulai Chondong • Pulau Melaka • Rantau Panjang • Salor • Selising • Semerak • Tanjong Mas • Tawang • Temangan • Tendong • Wakaf Bharu • Wakaf Che Yeh |
Zon Khas | |
Bahagian pilihan raya |
Negeri | Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu | |
---|---|---|
Wilayah | ||
Wilayah Persekutuan |