Syurga Nur | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Pengarah | Azman Yahya |
Dibintangi oleh | Janna Nick Amar Asyraf Azrel Ismail |
Lagu pembukaan | "Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim |
Lagu penutup | "Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Sheila Rusly |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat pengedaran | JS Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 1 Julai 2015 – 18 Ogos 2015 |
Syurga Nur ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Janna Nick, Amar Asyraf dan Azrel Ismail. Ia disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia dengan tayangan perdananya bermula pada 1 Julai 2015 dan berakhir pada 18 Ogos 2015.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya akibat dibunuh oleh perompak. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Dr. Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.
Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti.
Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?[3]
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Syurga Nur | Berikutnya |
Dia Isteri Luar Biasa | Mencintaimu |