Raja Ilya | |
---|---|
Kelahiran | Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad 11 Julai 1985 |
Nama lain | Raja Ilya, ilya momat |
Pendidikan | Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan |
Pekerjaan | Pelakon, model, usahawan |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Garrett Trent (k. 2018) |
Anak-anak | 0 |
Ibu | chek puan ..... binti ...... |
Bapa | Raja Mohammad bin raja ....... |
Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas (2015–2018).
Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.[1][2]
Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.[3]
Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.[4][5] Ilya mempunyai peranan sebagai Rina dalam telefilem Jelmaan untuk siaran di Astro First Eksklusif.[6][7]
Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.[8]
Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.[9][10][11][12][13]
Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.[14]
Beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018.[15][16]
Raja Ilya merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | 3 (24/Apr) | 4 (1/Mei) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | |||||||||
7 | Ilya | Kekal | ke-7 | ke-9 (3 tercorot) | Tersingkir |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Estet | Tidak dikreditkan | |
2010 | Janin | ||
2011 | Appalam | Shruti | |
2015 | Suamiku, Encik Perfect 10 | Azura Hanim | |
Pilot Cafe | Suzanna | ||
2017 | Soulmate Hingga Jannah | Rokiah | |
Luqman | Ayu Kencana | ||
2019 | Banglasia | Laboni | |
Felina | Felina | ||
KL Vampires | Ratu Citra Sari |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Kekasihku Seru | Mas Dahlia | TV3 | |
2009 | Kala Hati | TV3 | ||
2010 | Biru Cinta Laguna | |||
2012 | Mana Hilangnya Juwita | Astro Ria | ||
Tiara | Suzila | Astro Prima | ||
2013 | Epilog Cinta Khirana | Eugene | TV3 | |
2013 | Dahlia | Haliza | Astro Mustika HD | |
Love You Mr. Arrogant | Saffiya | TV3 | ||
2014 | Seludup | Rina | Astro Prima | |
Bila Hati Berbicara | Babe | TV3 | ||
Kalimah Jiwa | Tiara | TV3 | ||
Tanah Kubur (Musim 11) | Salwa | Astro Oasis | Episod: "Mayat Terapung" | |
2015 | Cinta Ibadah | Ratna | Astro Ria | |
Tanah Kubur (Musim 13) | Astro Oasis | Episod: "Ibulah Syurga" | ||
2015–18 | Gerak Khas | Inspektor Shakila | TV2 | |
2015 | Tuan Anas Mikael | Safra Ariana | Astro Ria | |
2016 | Cinta Masam Manis | Tasya | TV3 | |
Anjali | Astro Vaanavil | |||
2017 | Dia Bidadariku | Suzzanna | Astro Ria | |
2020 | Leon Zalika | Farha | TV Okey | |
2021 | Juliet | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Malam Tujuh Likur | ||
2010 | Penghujung Rindu | ||
2011 | I Know What You Did Last Deepavali | ||
2011 | Pantai Keramat | ||
2013 | Aku Bukan Malaikat | ||
Salahkah Aku | TV3 | ||
2015 | Jelmaan | Rina | Astro First Eksklusif |
2016 | Lorong Kecil Ke Syurga | TV9 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Gempak Superstar | Dirinya sendiri/peserta | Astro Ria |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon |
2015 | Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Tercalon |
Anugerah Skrin 2015 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Tercalon | ||
2016 | Anugerah Sri Angkasa 2016 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV) | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon |
Pasangan Serasi Filem (bersama Taufik Batisah) | Tercalon |