Mimpi Sabrina | |
---|---|
Genre | |
Pengarah | Nizam Zakaria |
Dibintangi oleh | Juliana Evans Erwin Dawson Josiah Hogan |
Lagu pembukaan | "Ego" oleh Syura Badron |
Lagu penutup | "Ego" oleh Syura Badron |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisham A. Karim |
Penerbit | Fazli Haji Baharom Shahrulezad Mohameddin |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 Julai 2019 – 21 Ogos 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cetera Hati Diya |
Diikuti oleh | Hilang Yang Kembali |
Mimpi Sabrina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Juliana Evans, Erwin Dawson dan Josiah Hogan.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana dari 11 hingga 23 Julai 2019 di Slot Samarinda kemudian ditukar ke Slot Azalea dari 24 Julai hingga 21 Ogos 2019. Ia digantikan oleh Kerana Dia Manusia Biasa yang memulakan tayangan perdana rasmi di Slot Samarinda pada 24 Julai 2019.
Mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.
Sejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan) sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah. Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.
Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah (Tasha Shilla), yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.
Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula. Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan?