Terbaik Dariku | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik |
Pencipta | Lily Suhana Mohd Diah |
Ditulis oleh | Adza Emie |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | Zara Zya Syazuwan Hassan Azar Azmi |
Lagu pembukaan | "Tiada Dendam" oleh Zara Zya |
Lagu penutup | "Tiada Dendam" oleh Zara Zya |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Afzal Sarwar |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Layar Ceritera sdn.bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 14 November 2018 – 18 Disember 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mawar Murni |
Diikuti oleh | Jika Masih Ada Rindu |
Terbaik Dariku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Azar Azmi, Syazuwan Hassan dan Zara Zya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3, mulai 14 November 2018 hingga 18 Disember 2018 menggantikan Mawar Murni.[1][2]
Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hassan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah (Fadilah Mansor) yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.
Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.
Kehadiran Zaharah (Hanna Aqeela), seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya, Azman (Azri Iskandar) kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai oleh Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.
Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | PENARAFAN TERTINGGI | JUMLAH TONTONAN | ATAS TALIAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|---|
— | — | [3][4] |
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Terbaik Dariku | Berikutnya |
Mawar Murni | Jika Masih Ada Rindu |