Asmaradana | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Dendam |
Ditulis oleh | Azlina Pa'wan |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Shaheizy Sam Iqram Dinzly |
Lagu pembukaan | Tak Bisa Memilihmu - 6ixth Sense |
Lagu penutup | Tak Bisa Memilihmu - 6ixth Sense |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i SDTV |
Siaran asal | 9 Mac 2010 – 4 Mei 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Nigina |
Diikuti oleh | Noktah Erna |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Asmaradana ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam dan Iqram Dinzly. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 9 Mac 2010 hingga 5 Mei 2010 menggantikan Nigina.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Mengisahkan tentang Rafeah ibu kepada Tengku Farouk yang tidak bersetuju dengan pilihan Tengku Farouk, Narimah kerana Narimah adalah seorang perempuan kelab yang tidak mempunyai darah keturunan. Narimah dipandang hina oleh ibu Tengku Farouk kerana tidak sama darjat dengan keluarga ini. Takdir telah membuatkan Narimah berkahwin dengan adik kepada Tengku Farouk, iaitu Tengku Saiful. Rafeah mendapati Narimah telah mengandungkan anak Tengku Saiful. Mereka telah di halau daripada rumah tersebut dan dibuang keluarga. Malang menimpa Narimah apabila Tengku Saiful telah meninggal dunia dan Naimah terpaksa membesarkan anaknya sendiri tanpa suami di sisi dan melahirkan seorang anak hasil dari perkahwinan dengan Tengku Saiful yang dinamakan Tengku Azizah.
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Profima[2] | Drama Terbaik | Asmaradana | Menang |