Tabir Zulaikha | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Nieza Nahar |
Pengarah | Kas Roshan |
Dibintangi oleh | Tasha Shilla Aiman Hakim Ridza |
Lagu pembukaan | "Mata Kunci Cinta" oleh Aisha Hanim |
Lagu penutup | "Mata Kunci Cinta" oleh Aisha Hanim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Tempoh siaran | 48 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skills Solutions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) |
Siaran asal | 28 Januari 2015 – 26 Mac 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Zahira |
Diikuti oleh | Bencinta |
Tabir Zulaikha merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2015 arahan Kas Roshan terbitan Creative Skill Solutions, dibintangi oleh Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza. Siri ini disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 28 Januari hingga 26 Mac 2015 menggantikan Zahira.[1][2].
Zulaikha membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berpegang teguh kepada pendiriannya. Zulaikha juga berbakat dalam memain biola. Feroz cemburu melihat keakraban Zulaikha dan Adami. Dia berniat mahu menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil, Datuk Aziz lebih sayangkan Zulaikha berbanding dirinya, walaupun dia anak Wan Rozita, isteri Datuk Aziz sendiri.
Zulaikha semakin sayang kepada Adami dan membuat keputusan untuk meluahkan rasa hatinya. Zulaikha terkejut apabila ibu bapanya telah menyampaikan wasiat Datin Wan Rozita supaya mengahwinkan Zulaikha dengan Datuk Aziz. Zamrin dan Musalmah merayu Zulaikha agar menerima Datuk Aziz sebagai suaminya kerana itu ialah cara terbaik untuk membalas budi mereka. Akhirnya, Zulaikha bersetuju selepas Adami Akhil berbohong bahawa dia tidak pernah mencintai Zulaikha.
Datuk Aziz sedar bahawa Zulaikha tidak rela dan tidak mencintainya. Walaupun begitu, Datuk Aziz tetap menjaga Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan telah mewasiatkan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha. Tindakan Datuk Aziz mengundang kemarahan Feroz kerana dia rasa Zulaikha telah merampas haknya. Jadi, Feroz telah mengupah Ammar (Shah Jaszle) untuk memerangkap Zulaikha.
Tabir Zulaikha diarahkan oleh Kas Roshan dan diterbitkan oleh Suriyati Sidek untuk Creative Skill Solutions. Drama ini memerlukan Tasha Shilla mempelajari bermain biola. Penggambaran dijalankan selama dua bulan, di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang dan Pahang, Ketika sesi penggambaran dijalankan, Tasha berdepan dengan kontroversi berkaitan isu pengiring VIP.[3][4]
No. | Tajuk | Artis | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Mata Kunci Cinta" | Aisha Hanim | 4:25 | |
2. | "Selagi Nafas" | Kamal Hamidi | 3:51 | |
3. | "Cinta Jangan Pergi" | Bimasakti | 4:33 | |
4. | "Cinta Awangan" | Aiman & Friends | 3:02 | |
5. | "Pasti Sempurna" | Kristal ft. Ronnie Hyper Act | 3:42 | |
6. | "Aku" | Najwa Latif | 3:36 | |
: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Tabir Zulaikha | Berikutnya |
Zahira | Bencinta |