Rajuk Karina
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Rajuk Karina karya Sufea Hareez
Ditulis oleh
  • PGR's Team
  • Rozie Rashid
  • MoonRahdin
PengarahHarris Fadzillah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jangan Mati Rasa Itu" - Aina Abdul
Lagu penutup"Jangan Mati Rasa Itu" - Aina Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Ogos 2023 – Kini
Kronologi
MengikutiTentang Hati Dia

Rajuk Karina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Harris Fadzillah, dibintangi oleh Siti Hariesa, Yusuf Bahrin dan Amyra Rosli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 10 Ogos 2023 menggantikan Tentang Hati Dia.[1]

Sinopsis

Karina dan Mizan adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan.

Saiful pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.

Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.

Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.

Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon jemputan

Pelakon kanak-kanak

Pelakon tambahan

Rujukan

  1. ^ Drama Rajuk Karina mcentralmy. Dicapai pada 12 Ogos 2023.