Bukan Lelaki Terhebat | |
---|---|
Genre | Melodrama Dendam Cinta Thriller |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad |
Ditulis oleh | Zarihah Hassan |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Lafaz" - Syafeek Ikhwan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) IQIYI |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 26 Januari 2023 – 21 Februari 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hati Tanpa Rasa |
Diikuti oleh | Serpihan Sayang |
Bukan Lelaki Terhebat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, dan Halim Radzi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 26 Januari 2023 menggantikan Hati Tanpa Rasa. [1]
Jaden adalah pengawal peribadi yang telah jatuh cinta dengan Ariana, perempuan simpanan majikannya. Mereka bercadang untuk kahwin lari tetapi dihidu oleh majikan Jaden yang kini ingin membunuhnya. Nasib menyebelahi Jaden apabila Seri Dhia muncul untuk selamatkannya. Mereka mula jatuh cinta tetapi keadaan menjadi rumit apabila Ariana mendapat tahu yang Jaden masih hidup.