Malaran tak geser gusi ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɹ (huruf r kecil yang dipusingkan 180 darjah) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan r\ dalam X-SAMPA.
Sesetengah penutur bahasa Melayu menyebut malaran tak geser gusi untuk huruf r (contoh: rambut, harap), dan ada yang lain yang menyebut getaran gusi.
Ciri-ciri
Ciri-ciri malaran tak geser gusi:
Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal) menyentuh batas gusi.
Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.