Nombor AFA | 101 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | p | ||
| |||
Sampel audio | |||
Letupan dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara p dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dalm p dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, konsonan letupan/hentian dwibibir tak bersuara dilambangkan oleh huruf p, contohnya: panas, spanar dan tetap.
Bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% dari bahasa yang ada bunyi [b]. Inilah salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa-bahasa kawasan "lilit-Sahara" (Afrika di utara khatulistiwa, termasuk semenanjung Arab). Tidak diketahui berapa usia ciri-ciri ini, ataupun sama ada ini adalah kesan fenomena bahasa Arab sebagai bahasa berprestij (Bahasa Arab kehilangan bunyi /p/ pada zaman prasejarah), ataupub bahasa Arab itu sendiri dipengaruhi oleh corak kawasan yang lebih lama. Ketiadaan bunyi [p] juga didapati di kawasan-kawasan lain, contohnya di Eropah: bahasa-bahasa Proto-Celt dan Basque Lama apabila direkonstruksi didapati ada bunyi [b] tetapi tiada bunyi [p].
Walau apapun, bunyi [p] tetap mudah dijumpai dalam pelbagai bahasa. Kebanyakan bahasa cuma ada [p] biasa, sementara yang lain ada lebih dari satu jenisnya, misalnya: kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Arya seperti bahasa Hindi, membezakan [p] yang biasa dan berhembusan.
Ciri-ciri letupan dwibibir tak bersuara:
IPA | X-SAMPA | Huraian |
---|---|---|
p | p | p biasa |
pʰ | p_h | p berhembusan |
pʲ | p' (atau p_j) | p yang dipalatalkan |
pʷ | p_w | p yang dibibirkan |
p̚ | p_} | p yang tak lepas |
p̌ | p_v | p bersuara |
pʼ | p_> | p ejektif |
Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Melayu | panas | [panas] | 'panas' | Rujuk fonologi bahasa Melayu | |
Belanda[1] | [[[Ortografi bahasa Belanda|plicht]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [plɪxt] | 'tugas' | Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
Catalonia[2] | [[[Ortografi bahasa Catalonia|parallamps ]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˌpaɾəˈʎams] | 'pengalir kilat' | Rujuk fonologi bahasa Catalonia | |
Cina | Mandarin | 爆炸 /bàozhà | [pɑʊ˥˩ tʂa˥˩] | 'meletup' | Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk Bahasa Mandarin Baku |
Inggeris | [[[Ortografi bahasa Inggeris|pack]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pʰæk] | 'pek' | Rujuk fonologi bahasa Inggeris | |
Itali[3] | [[[Bahasa Itali|papà]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [paˈpa] | 'ayah' | Rujuk fonologi bahasa Itali | |
Jepun[4] | ポスト /[[[Romanization of Japanese|posuto]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [posɯto] | 'peti surat' | Rujuk fonologi bahasa Jepun | |
Perancis[5] | [[[Ortografi bahasa Perancis|pomme]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pɔm] | 'epal' | Rujuk fonologi bahasa Perancis | |
Poland[6] | [[[Ortografi bahasa Poland|pas]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pas] | 'tali pinggang' | Rujuk fonologi bahasa Poland | |
Portugis[7] | [[[Ortografi bahasa Portugis|pai]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [paɪ̯] | 'bapa' | Rujuk fonologi bahasa Portugis | |
Rusia[8] | плод | [plot] | 'buah' | Dibezakan dengan bentuk terlelangit. Rujuk fonologi bahasa Rusia | |
Sepanyol[9] | [[[Ortografi bahasa Sepanyol|peso]]] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈpe̞so̞] | 'berat' | Rujuk fonologi bahasa Sepanyol | |
Zapotec | Tilquiapan[10] | pan | [paŋ] | 'roti' |