Geseran gusi-lelangit tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɕ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan s\ dalam X-SAMPA.
Features
Geseran gusi-lelangit [ɕ, ʑ]
Ciri-ciri geseran gusi-lelangit tak bersuara:
Cara artikulasinya adalah geseran sibilan, iaitu dihasilkan dengan menghalakan aliran udara melalui alur di antara lidah dan deaerah artikulasi ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
Daerah artikulasinya ialah gusi lelangit (belakang gusi laminal terlelangit), iaitu disebut dengan bahagian depan lidah di belakang batas gusi, dan bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit.
Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa getaran pita vokal.
Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association33 (1): 103-107
Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association21 (2): 94-97
Recasens, Daniel & Maria Dolores Pallarès (2001), "Coarticulation, Assimilation and Blending in Catalan Consonant Clusters", Journal of Phonetics29 (3): 273-301