Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Dalam bidang linguistik (fonetik artikulasi), cara artikulasi merupakan cara lidah, bibir, rahang dan lain-lain organ pertuturan dilibatkan untuk menghasilkan bunyi, khususnya konsonan. Setiap daerah artikulasi boleh dikenakan beberapa cara artikluasi yang berbeza untuk menimbulkan beberapa konsonan yang [[homorganik]

Cara individu

  • Sibilan ialah sejenis geseran yang mana arus udara dihembuskan melalui alur pada lidah ke arah gigi, menghasilkan bunyi yang nyaring. Inilah geseran yang paling banyak ditemui. Contohnya: /s/ dan /z/.
  • Geseran sisian ialah sejenis geseran yang jarang ditemui, yang mana geseran berlaku di sebelah atau kedua-dua belah sisi lidah. Contoh: "ll" dalam bahasa Wales dan "hl" dalam bahasa Zulu.
  • Separuh vokal ialah sejenis malaran tak geser yang disebut seperti vokal tetapi lidah lebih mendekati lelangit agar bergelora sedikit arus udaranya. Dalam bahasa Inggeris, /w/ ialah separuh vokal yang bersamaan dengan vokal /u/, manakala /j/ (dieja "y") pula bersamaan dengan vokal /i/.
  • Malaran tak geser sisian, atau sisian sahaja, ialah sejenis malaran tak geser yang disebut dengan sisi lidah Contoh: /l/. Malaran tak geser sisian bersama konsonan rotik membentuk kelas konsonan cecair.

Rujukan

Pautan luar