Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi konsonan ialah vokal.

Dalam abjad Rumi, terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu B, C, D, F, G, H, J, K, L, M, N, P, Q, R, S, T, V, W, X, Y, dan Z. Walau bagaimanapun, abjad Rumi tidak boleh mewakili segala konsonan-konsonan dalam semua bahasa pertuturan di dunia. Satu daripada piawaian yangdiusahakan oleh para ahli linguistik untuk melambangkan semua bunyi pertuturan di dunia ialah Abjad Fonetik Antarabangsa. Contohnya, huruf θ digunakan untuk mewakili huruf sa (ث) dalam bahasa Arab.

Asal-usul istilah

Perkataan consonant berasal dari kata dasar tak langsung Latin cōnsonant-, dari cōnsonāns (littera) "(huruf) berbunyi bersama", iaitu terjemahan pinjaman dari bahasa Yunani, iaitu σύμφωνον sýmphōnon.[1] Seperti yang pernah ditanggap oleh ilmuwan Plato,[2] sýmphōna merupakan konsonan hentian, dihuraikan sebagai "tidak boleh disebut bunyi vokal bersebelahan".[3] Justeru, istilah ini tidak meliputi konsonan malar yang boleh disebut tanpa vokal dalam sebilangan kecil bahasa, contohnya di akhir perkataan bottle dan button dalam bahasa Inggeris. (Huruf vokal terakhir e dan o dalam perkataan tersebut sekadar hasil ejaan; Plato memaksudkan sebutannya.)

Walau bagaimanapun, konsepsi konsonan asal Plato pun tidak memadai untuk menghuraikan bahasa manusia sejagat, kerana dalam sebilangan bahasa, misalnya bahasa-bahasa Salish, konsonan hentian juga disebut tanpa vokal bersebelahan, apatah lagi konsepsi konsonan masa kini tidak memerlukan penyebutan bersama vokal. Konsonan itu bererti bukan vokal dan tidak diikuti oleh mana-mana vokal.

Ciri-ciri konsonan

Setiap konsonan boleh dibezakan mengikut sifat:[4]

Adakalanya, sesetengah pasangan konsonan tak bersuara-bersuara p::b, t::d dipanggil fortis dan lenis, tetapi sebenarnya dibezakan secara fonologi dan bukannya fonetik.

Rujukan

  1. ^ Robert K. Barnhart, ed., Chambers Dictionary of Etymology, dahulunya diterbitkan sebagai The Barnhart Dictionary of Etymology, ©1988 The H.W. Wilson Company; Edinburgh, dicetak semula 2001: Chambers Harrap Publishers Ltd., p. 210.
  2. ^ Plato, Cratylus 424 C; Theaetetus 203 B.
  3. ^ R.H. Robins, A Short History of Linguistics, 2nd Ed.; ©1967 R.H. Robins, ©1979 Longman Group Ltd.; paper edition, 5th printing 1985, p. 23.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SOWL

Pautan luar