Ayu Damit | |
---|---|
![]() Ayu membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009). | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Norayu binti Damit |
Kelahiran | 12 Julai 1989 |
Berasal dari | Putatan, Sabah, Malaysia |
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, Usahawan |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2008 – kini |
Syarikat rakaman | Monkey Bone Records |
Pengkarya berkait | Shila Amzah Nabil Zamanhuri |
Norayu Damit (lahir 12 Julai 1989) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua. Beliau juga merupakan bekas peserta dan pemenang tempat ketiga bagi program realiti TV Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020. [2]
Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru Inspirasi Abadi.
Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.[3]
Ayu merupakan salah seorang daripada 12 finalis One in a Million musim kedua. Setelah hampir 10 minggu beradu suara dalam pertandingan itu, Ayu telah dinobatkan sebagai juara OIAM musim kedua. Yang menariknya, dalam pertandingan ini Ayu yang merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin.
Ayu ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Cliff Umar, Ashira, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2008 | "Hanya Di Mercu" | Inspirasi |
2009 | "Ku Peluk Dunia" | |
2010 | "Ku Miliki Abadi" | |
2011 | "Inspirasi Abadi" | |
2021 | "Permata" | Single |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | One in a Million (musim ke-2) | — | Hanya Di Mercu | Juara |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ke-22) | Artis Baru Wanita Popular | — | Tercalon | |
2009 | Anugerah Industri Muzik ke-16 | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) | Hanya Di Mercu | Tercalon |
Video Muzik Terbaik | Tercalon | |||
Anugerah Shout! | Anugerah Power Vocal | Tercalon | ||
Anugerah Planet Muzik (ke-9) | Artis Baru Terbaik (Wanita) | Menang | ||
2020 | Gegar Vaganza (musim ke-7) | — | — | Pemenang Tempat Ketiga |