Farawahida | |
---|---|
Nama lahir | Farawahida binti Razali |
Juga dikenali sebagai | Farawahida |
Kelahiran | Taiping, Perak | 19 Mac 1985
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Pop, R&B, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2005–kini |
Farawahida Razali (lahir 19 Mac 1985) atau lebih dikenali sebagai Farawahida ialah seorang penyanyi di Malaysia. Beliau mula menceburi bidang seni pada tahun 2005.
Farawahida yang berasal dari Taiping, Perak sememangnya mula meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi. Pada zaman kanak-kanaknya, Fara sudah mula menyertai beberapa pertandingan nyanyian. Ketika itu beliau masih belum cukup matang dan perlu menamatkan pengajiannya bagi menentukan masa hadapan. Akhirnya, impian beliau untuk bergelar penyanyi telah tercapai. Sebenarnya, pada peringkat awal, Farawahida hanya diundang oleh MillenniumArt (MA) untuk menyanyikan lagu tema ‘Masih Ada Rahsia’ untuk drama bersiri Ika terbitan Eurofine yang ditayangkan untuk ASTRO. Selepas itu, barulah MA melamar Fara menjadi artis rakamannya.
Memandangkan suasana industri muzik yang kurang memberansangkan, pihak MA, telah mengambil keputusan untuk membuat album mini dahulu untuk Fara, sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan Fara di persada dunia hiburan. Pada masa yang sama, Fara terus mendapat peluang untuk menyanyikan lagu tema filem dan drama bersiri. Farawahida telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk filem ‘Cinta Luar Biasa’ terbitan Tayangan Unggul, arahan Rashid Sibir dan lakonan Apek, Nasha, Hans dan Syanie. Dua buah lagu terdapat dalam filem tersebut iaitu ‘Masihkah Ada’ duet bersama Puteh dan ‘Mungkinkah’. Fara juga diundang Oleh Habsah Hassan untuk menyanyikan lagu tema drama bersiri Tentera Udara Malaysia ‘Menerjah Awan’ terbitan Serangkai Filem untuk siaran RTM. Lagu ‘Menerjah Awan’ Ciptaan Julfekar dan lirik oleh Habsah Hassan sendiri.
Setelah berjaya memperkenalkan Farawahida, pihak MA mengorak langkah seterusnya untuk menerbitkan album penuh untuk Farawahida. Pada bulan Januari 2006, album ‘tanpamufarawahida’ terbitan MillenniumArt Sdn.Bhd (MA) yang mengandungi 10 buah lagu baru telah diedarkan oleh syarikat LIFE Records. Bersesuaian dengan bentuk vokalnya, MA telah memilih konsep Pop Komersial untuk album sulung Farawahida itu.
Album ‘Tanpamufarawahida’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Azlan Abu Hassan, Hazami, Lee Manah, Datu Badd, Annrick, Fera dan Julfekar.
Seperti album mininya, beberapa lagu yang terdapat di dalam album sulung Farawahida sekali lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah filem dan drama untuk dijadikan sebagai lagu tema. Antara lagu tersebut adalah seperti:-
Selain dipasarkan di Malaysia, Album ‘Tanpamu Farawahida’turut menembusi pasaran di Singapura dan Indonesia. Di Indonesia, album tersebut mendapat sambutan di Indonesia sehingga beliau mendapat jolokan Kajol Malaysia oleh peminat di sana.
Pada Mei 2007,menerusi kerjasama syarikat MillenniumArt Sdn Bhd dan Life Records, Farawahida telah menghasilkan album keduanya yang diberi tajuk 'Semuanya Ada Di Sini'. Album kedua Farawahida ini menampilkan kaloborasi Fara dengan penyanyi popular dari Indonesia Endang S.Taurina, The Fabulous Cats, dan Shazzy dari Malaysia dan pemain Erhu terkenal dari negeri China iaitu He Yun. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Asmin Mudin, Slen, Ku Seman, Pam Yuen, Umar Kudat, Sikal, Big.J, Kay, Fera dan Julfekar.
Album ‘Semuanya Ada Di Sini’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah lagu genre etnik kreatif yang bertujuan menampilkan kebolehan Farawahida dalam membawa lagu irama Malaysia. Album kedua ini juga turut memjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dijadikan lagu tema untuk filem dan drama terbitan mereka. Antara lagu yang telah dipilih antaranya seperti;
Pada April 2011, Farawahida telah melancarkan single pertamanya setelah bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman. Lagu yang diberi judul 'JANGAN TANYA AKU LAGI' http://www.youtube.com/watch?v=ExCuCsSZuow ini merupakan ciptaan MANUSIA PUTIH manakala liriknya telah ditulis oleh NAWFAS. Lagu ini juga telah menjadi pilihan sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan drama yang hebat iaitu Zeel Production sebagai lagu tema Drama rantaian 'Mata Ayer' untuk Slot Lagenda untuk tayangan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis bermula jam 4 petang hingga 5 petang sepanjang Mei 2011.
Pada tahun 2011 juga, selepas 7 tahun menjadi artis, akhirnya Farawahida dapat merakamkan lagu raya sendiri. Apa yang menariknya, rezekinya untuk merakamkan lagu raya itu pun datang tanpa disangka bila mana pencipta lagu itu yang hanya mahu dikenali dengan nama TOT, mahu dia menyanyikan lagu itu yang bertajuk Hayati Raya Sejati manakala liriknya ditulis oleh TOT & NIRA ARIA. Pada awalnya Farawahida hanya mahu mendengar sahaja lagu tersebut, belum ada apa-apa perjanjian antara mereka itu tetapi selepas mendengar lagu itu Farawahida rasa tersentuh dan setuju untuk merakamkannya. Maka kata sepakat pun dicapai, beberapa hari kemudian Farawahida masuk studio. Proses rakaman berserta klip video telah siap dan bersedia untuk dikeluarkan kepada umum. http://www.youtube.com/watch?v=t4QsdbqWGh8
Dalam kesibukan Farawahida sebagai seorang penyanyi, pada November 2009 Farawahida telah mendapat undangan dari Saudara Rosnan Nordin, yang bertindak sebagai Pengarah untuk berlakon di dalam sebuah teater bangsawan iaitu 'TEATER BANGSAWAN SINBAD BATU PERMATA DEWA' yang telah dipentaskan di PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR bermula 11 Disember hingga 13 Disember 2009. Teater Bangsawan Sinbad ini adalah terbitan Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan turut menampilkan Shafinaz Selamat, Aris Kadir dan kakitangan JKKN sendiri telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila panggung penuh sepanjang 3 hari pementasan.
Walaupun Teater Bangsawan Sinbad ini merupakan lakonan pertama Farawahida namun ia tidak mengecawakan apabila Farawahida berjaya membawa watak Puteri Jasmin dengan baik sekali. Teater ini merupakan langkah pertama Farawahida di dalam bidang lakonan. Walaupun Fara merasa seronok dengan pengalaman pertamanya berlakon, namun bidang nyanyian tetap menjadi pilihannya yang pertama.
Setelah berjaya membawa watak sebagai Puteri Jasmin, Farawahida telah mendapat kepercayaan dari sebuah syarikat penerbitan iaitu Layar Dimensi apabila telah ditawarkan memegang watak sebagai Heroin dalam Filem Pertamanya “BAIK GILER” yang bergenre komedi turut menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai Hero di samping pelakon lain seperti Awie, Sharifah Shahirah, Abon, Isma Danial, Siti Fazurina dan ramai lagi.
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2004 | "Menerjah Awan" | OST Drama Menerjah Awan |
2005 | "Tanpamu" (featuring Hunny) |
Tanpamu |
"Jangan Kau Pergi" | ||
"Sesal Yang Datang" | ||
2007 | "Semuanya Ada Di Sini" | Semuanya Ada Di Sini |
"Persoalan Cinta" (feat He Yun) | ||
"Jangan Simpan Tangismu" | ||
2009 | "Hilangkan Segalanya lagu tema drama Kasih Iftitah" | Single |
"Panah Asmara" | ||
2011 | "Jangan Tanya Aku Lagi" | Single |
"Hayati Raya Sejati" | Single Raya | |
2017 | "Mengapa Harus Aku" (feat Alyah) |
Single |
2020 | "Dah Raya" (feat Ezad Lazim) |
Single Raya |
2022 | Aku Tak Sempurna | Single (OST Drama DEMI) |