Ezlynn | |
---|---|
Kelahiran | Azline binti Ariffin 27 September 1981 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 |
Bapa | Ariffin Alang Ahmad |
Azline binti Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ezlynn merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara di Malaysia. Dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta, Perak, beliau merupakan artis KRU Production. Album pertamanya berjudul Ehmm....
Sebelum menceburi bidang nyanyian, beliau aktif dalam bidang lakonan dan pergawati. Memiliki syarikat hiburan sendiri, Ezlynn Entertainment.
Beliau telah mengacarakan program realiti Mentor sebanyak dua musim yg disiarkan secara live di TV3.
Ezlynn pernah berlakon dalam filem Zombi Kampung Pisang dan program realiti TV terbaharu terbitan Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia.[1] Beliau juga terlibat dengan program Gegar Vaganza musim kedua terbitan Astro Ria.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin, 36, pada 20 November 2011[2] dan telah bercerai pada 23 Oktober 2017.
Album studio
Single
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Diva Popular | Tasha | Filem pertama |
Bilut | Asmah | ||
2007 | Zombi Kampung Pisang | Maimun | |
2013 | Adik Manja Returns | Kat | Pelakon undangan |
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Mon | ||
Bola Kampung The Movie | Iwan (suara) | ||
2022 | Rompak | Sarah |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Mem & Bibik Bibik | Bibik Fatimah | TV3 | Drama pertama |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2005 | Mentor (musim 1) | Pengacara bersama Johan Farid Khairuddin | TV3 |
2006 | Mentor (musim 2) | Pengacara bersama Ashraf Sinclair | |
2014 | Fear Factor Selebriti Malaysia | Peserta | Astro Ria |
2015 | Gegar Vaganza (musim 2) |