Mohd Hassan Marican | |
---|---|
Canselor Universiti Teknologi Petronas | |
Memegang jawatan 10 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia | |
Dalam jawatan 2018–2020 Berkhidmat dengan | |
Perdana Menteri | Tun Mahathir Mohamad |
Pengarah Khazanah Nasional | |
Dalam jawatan 2018–2020 Berkhidmat dengan
| |
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas | |
Dalam jawatan 1995 – 9 Februari 2010 | |
Digantikan oleh | Datuk Shamsul Azhar Abbas |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 18 Oktober 1952
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Noraini Mohamed Yusoff |
Alma mater | Malay College Kuala Kangsar |
Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Hassan Marican (lahir 18 Oktober 1952) merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, sebuah syarikat konglomerat petroleum di Malaysia dan dunia. Tempoh kontrak perkhidmatannya dari 1989 hingga 9 Februari 2010.
Lahir pada 18 Oktober 1952 di Sungai Petani, Kedah.
Bersekolah di Sekolah Rendah Ibrahim dan di Sekolah Menengah Ibrahim di Sungai Petani dan kemudiannya Sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1971.
Isterinya Puan Sri Noraini Mohamed Yusoff.
Pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980). Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed / / Touche Ross & Co (1980–1989).
Dipanggil untuk bekerja dengan Petronas (1989–1995). Naib Presiden Kanan (Kewangan) Petronas Gas Berhad (1991–). Pengerusi Petronas (1995–2010). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (1995–).
Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .
Pada 1 Ogos 1991, dilantik sebagai pengerusi Petronas Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Ahli Institut Akauntan Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah Petronas. Dia pernah menjadi pengerusi Petronas Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC). Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan , iaitu anak syarikat Petronas.
Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi pada 2004 - 2010. UTP berasal dari Institut Teknologi Petronas (ITP) di Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan sejak April 1995.[1]
Ahli lembaga Lembaga Bersama Malaysia-Thailand untuk memajukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) berhampiran Teluk Siam dan Laut China Selatan. Beberapa telaga minyak telah dap-at mengeluarkan gas dan petronelum . Kini kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti daripada sempadan Kelantan-Thailand itu.
Menjadi ahli Jawatankuasa Pembangunan antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan yang dilancarkan oleh Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki.
Universiti Malaya menganugerahkan Doktor Kejuruteraan pada 2001.
Hassan menjadi Pro Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terletak di Seri Iskandar, Tronoh, Perak. UTP ditubuhkan pada 10 Jan 1997.
Beliau menjadi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka padA 2009. Anugerah ini diberi mengikut kategori Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (1986 - 1994 ). Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jawatankuasa panel pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen.[2]
Selepas bersara dari Petronas, Singapura melantik beliau sebagai pengarah di syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.
Selepas bersara, pengganti beliau ialah Datuk Shamsul Azhar Abbas bermula 10 Februari 2010. Datuk Shamsul Azhar Abbas merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd.[5]