The Star
JenisSurat khabar harian
FormatTabloid
Diasaskan9 September 1971; 52 tahun yang lalu (1971-09-09)
Pemihakan politikPro-kerajaan
BahasaInggeris
Ibu pejabatMenara Star,
15 Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia
Edaran309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
Akhbar saudaraMajoriti 7
PemilikStar Media Group Berhad
PenerbitChan Seng Fatt
PengarangEsther Ng
Laman sesawanghttps://www.thestar.com.my/
Logo lama.

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Biro Audit Pengedaran, The Star ialah ahli Asia News Network.

Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times dan The Sun.

V.K Chin menjadi Ketua Pengarang The Star. C.C Liew menjadi Ketua Pengarang Sin Chew Daily.[1]

Edisi

The Star (harian) dan Sunday Star diterbit dalam empat edisi – dua edisi merangkumi negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak utara, manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.

Terdapat dua buah premis percetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi The Star setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di Bayan Lepas, Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ciri-ciri

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

Seksyen mingguan termasuk:

Seksyen Sunday Star termasuk:

Kolumnis

Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star ialah Marina Mahathir (anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad) yang mengendali sudut Musings yang muncul sekali dalam dua minggu, serta Wong Chun Wai, Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat." Kolumnis lain ialah Tan Sri Lin See Yan, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Martin Khor (sejak 1978), bekas ketua Third World Network, Shad Saleem Faruqi profesor undang-undang, Karim Raslan dan Azmi Sharom.

mStar

Rencana utama: mStar

Pada 31 Oktober 2005 syarikat Star Publications turut memperkenalkan mStar, akhbar dalam talian berbahasa Melayu. Laman web Bahasa Melayu mStar telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi di pejabat beliau di Putrajaya.

Rujukan

  1. ^ C.C. Liew dari kacamata Zainuddin Maidin

Pautan luar