Terengganu
Tranung Ganu (Kelantan-Patani) | |
---|---|
Terengganu Darul Iman ترڠݢانو دار الإيمان | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | ترڠݢانو |
• Cina | 登嘉楼 (ringkas) 登嘉樓 (tradisional) |
Cogan kata: Maju, Berkat dan Sejahtera | |
Lagu: Selamat Sultan Terengganu سلامت سلطان | |
Koordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°EKoordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°E | |
Ibu negeri | Kuala Terengganu |
Bandar diraja | Bukit Chendering |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Raja berperlembagaan |
• Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
• Menteri Besar | Ahmad Shamsuri Mokhtar (PAS) |
Keluasan | |
• Jumlah | 13,035 km2 (5,033 batu persegi) |
Aras tertinggi | 1,519 m (4,984 ft) |
Penduduk (2021)[3] | |
• Jumlah | 1,170,700[1](ke−10) |
• Kumpulan etnik |
|
• Demonim | Oghang Tranung Ughaong Tranung Oré Besut/Ore Ganu (di daerah Besut) |
Bahasa | |
• Rasmi | Bahasa Melayu |
• Pertuturan |
|
Penubuhan | |
• Kesultanan Terengganu | 1725 |
• Kawalan British | 1909 |
• Pendudukan Jepun | 1942 |
• Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1948 |
• Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
• Penyertaan ke dalam Malaysia | 16 September 1963 |
Poskod kebangsaan | 20xxx hingga 24xxx |
Kod panggilan | 09 |
Kod ISO 3166 | MY-11 |
Pendaftaran kenderaan | T |
IPM (2019) | 0.300 (sangat rendah) (ke-11)[4] |
Laman sesawang | www |
Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دار الإيمان) atau nama pendeknya Terengganu (sebutan tempatan: Tranung) ialah salah sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 13,035 km, menjadikannya Negeri ke-7 terbesar di Malaysia. Populasinya yang rata-rata 1.1 juta meletakkannya pada tangga ke-10 paling ramai. Terengganu juga merupakan antara negeri/wilayah yang paling ramai peratusan Melayu di Malaysia.
Selepas muncul sebagai kesultanan yang merdeka pada 1724, Terengganu menerima pengaruh daripada pelbagai kuasa asing iaitu Siam, British, Jepun sehinggalah berjaya mencapai kemerdekaan pada 1956.
Terengganu merupakan negeri dalam alam Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam sepertimana mengikut Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Hulu Terengganu di mana tarikh ia dipahat diamati sekitar antara 702 dan 789 tahun Hijriah atau antara 1303 dan 1387 tahun Masihi.[5]
Terengganu menjadi suatu negeri lindungan Kesultanan Melaka sepanjang wujudnya kesultanan itu, namun menjadi berkuasa memerintah sendiri semunculnya Kesultanan Johor. Ia menjadi suatu kerajaan yang utuh mandiri pada tahun 1724 M.
Ia diliputi pengaruh Kerajaan Siam Rattanakosin pada abad ke-19 di mana hubungan terjalin antara dua pihak mengehendaki pemberian bunga mas setiap tahun. Ia diserahkan kepada pihak Great Britain hasil termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909.
Pada tahun 1838, Abdullah Munshi mendapati seekor kambing dijual pada harga 1 ringgit.[6]
Peristiwa Penting | Tahun |
---|---|
Kesultanan Terengganu menjadi kerajaan
yang merdeka dan berdaulat |
1724 |
Pengaruh Kerajaan Rattanakosin (Siam) | 1871-1909 |
Pengaruh British selepas Siam menyerahkan
Terengganu kepada British |
1909-1942 |
Pendudukan Jepun yang menghalau British | 1942-1943 |
Pendudukan Thai apabila Jepun menyerahkan
Terengganu kepada Thailand sebagai ganjaran |
1943-1945 |
Penyertaan Malayan Union yang bertaraf
naungan British |
1946-1948 |
Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang
bertaraf naungan British |
1948-1957 |
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu | 1957-1963 |
Penyertaan Malaysia | 1963-Kini |
Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
Negeri Terengganu ditadbir dan di kelola oleh
Terengganu terbahagi kepada 8 daerah iaitu :-
Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-
Bandar-bandar utama di Terengganu adalah
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ).
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudian pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikannya daerah yang ketujuh di Negeri Terengganu. Dan seterusnya pada 18 September 2014, Kuala Nerus pula dibentuk dan menjadikan ia daerah yang kelapan.
Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Gong Badak, ??? Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar.
Negeri ini mempunyai 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu:
Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu.[7] Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya ECER, tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah
Etnik | Bilangan |
---|---|
Bumiputera | 1,147,000 |
Cina | 2,240 |
India | 2,100 |
Lain-lain | 2,300 |
Bukan warganegara | 34,400 |
Jumlah | 1,209,400* |
Bilangan penduduk Terengganu mengikut daerah.
Daerah | Populasi 2010 | |
1 | Kuala Terengganu | 343,284 |
2 | Kemaman | 171,383 |
3 | Dungun | 154,932 |
4 | Besut | 140,952 |
5 | Marang | 97,857 |
6 | Hulu Terengganu | 72,052 |
7 | Setiu | 55,517 |
Jumlah | 1,035,977 |
Agama di Terengganu - 2010[9] | ||||
---|---|---|---|---|
agama | peratusan | |||
Islam | 95.9% | |||
Buddha | 1.8% | |||
Hindu | 0.2% | |||
Kristian | 0.2% | |||
Tiada agama atau lain agama | 0.2% |
Menurut bancian tahun 2010, populasi beragama di Terengganu adalah 95.9% Islam, 1.8% Buddha, 0.2% Hindu, 0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut agama lain atau tiada agama.
Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut khepok getey/lekor). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan dan kuih tradisioanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Agar-agar kering, Akok Berlauk, apam hitam manis, apit-apit, asam gumpal, kuih tahi itik, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bingka Nyior, Belebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih tepung kapur, Apam Dewa, Apam Kuah, Beluda dan banyak lagi.
Daerah | ||
---|---|---|
Bandaraya | Kuala Terengganu (ibu negeri) | |
Bandar | Ajil • Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Ketengah Jaya • Bandar Permaisuri • Bandar Seri Bandi • Batu Rakit • Bukit Besi • Chukai • Gong Kedak • Jabur • Jerangau • Jerteh • Kemasik • Kerteh • Kijal • Kuala Besut • Kuala Berang • Kuala Dungun • Marang • Merchang • Paka • Pasir Raja • Rantau Abang • Rasau Kerteh • Seberang Takir • Teluk Kalung • Wakaf Tapai • Putera Jaya • Seri Langkap • Gong Badak | |
Jambatan | ||
Pantai | Pantai Air Tawar • Pantai Batu Buruk • Pantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit Keluang • Pantai Kelulut • Pantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal | |
Pulau | ||
Istana | ||
Hospital | ||
Empangan | ||
Peristiwa | ||
Bahagian pilihan raya |
Negeri | Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu | |
---|---|---|
Wilayah | ||
Wilayah Persekutuan |