Asam pedas | |
---|---|
![]() Lauk asam pedas ikan tongkol (Minangkabau: ambu-ambu asam padeh ). | |
Jenis | Fish stew, hidangan ikan, masakan ![]() |
Jenis sajian | Sajian utama |
Tempat asal | Indonesia ![]() |
Kawasan/rantau | Sumatera Barat |
Masakan berkaitan | Indonesia,[1][2][3] Malaysia[4] dan Singapura[5] |
Suhu penghidangan | Suhu bilik atau panas |
Bahan utama | Ikan dimasak dalam sup masam dan pedas |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس ; Minangkabau: asam padeh ) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu[6] (terutamanya di Melaka dan Johor), pulau Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampai sejauh Kalimantan Barat[7] di Borneo.
Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[8]
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Lauk ini lazim dimakan bersama nasi di banyak tempat serantau melainkan masyarakat Pulau Lingga yang menjamah bersama lempeng sagu yang mampu mereka perolehi berbanding beras pada zaman dahulu.[9]
Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.
Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.