Laman pengguna ini dipaparkan paling baik menggunakan Firefox pada rosolusi 1024 x 768 atau lebih dengan saiz font sebagai normal.


wiki Dihargai untuk usaha anda yang berharga mengenai Anime oleh Imran Al-Sahih pada 10 Ogos 2007.
wiki Dihargai untuk menggiatkan artikel berkenaan anime oleh Izzudin pada 11 Disember 2007.


Status terkini: tidak aktif
Wikipedia Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Piecemealcranky.

Wikimedia Foundation
Wikimedia Foundation
Pengguna ini ialah seorang WikiPari.
Pengguna ini ialah seorang WikiPari.
Pengguna ini ialah seorang penyelia bagi Wikipedia Bahasa Melayu. (kenal pasti)
Pengguna ini ialah seorang peserta dalam WikiProjek Anime and Manga.
白剤 Pengguna ini meminati Bleach.
地獄
少女
Pengguna ini meminati Jigoku Shojo.
デス
ノート
Pengguna ini meminati Death Note.

piecemealcranky, PIECEMEALCRANKY atau pmc merupakan seorang penulis FAQ[1] dan penyumbang dalam bahagian-bahagian yang berkait rapat dengan permainan-permainan video. Sumbangan-sumbangan beliau selalunya dihantar terus ke GameFAQs, sebuah dedikasi laman web khas untuk penggemar permainan-permainan video. Beliau mula menulis seawal usia 13 tahun, di mana FAQ yang pertama dihasilkannya untuk permainan video Sony PlayStation Twisted Metal: Small Brawl telah pertama kalinya dipaparkan di GameFAQs[2], kemudiannya diterbitkan di laman-laman web yang lain. Selepas kejayaannya yang pertama beliau telah melangkah lebih jauh lagi ke bidang menulis dan menyumbang dalam aspek-aspek yang lain.

Asal usul nama gelaran

Nama gelaran "piecemealcranky" pada asalnya merupakan kata akar "piece" dan "meal" sahaja. Kedua-dua perkataan ini jika digabungkan, memberi rujukan kepada permainan video Twisted Metal: Small Brawl, iaitu "boss" di peringkat terakhir[3]. Perkataan seterusnya pula, "cranky", merupakan nama tambahan yang tidak dirujuknya dari mana-mana punca. Sebaliknya, perkataan tersebut hanya diciptanya secara rawak. Dengan itu, wujudlah perkataan "piecemealcranky".

Etika menyunting

Suntingan-suntingan piecemealcranky seringkali melibatkan rencana yang mempunyai kaitan dengan media semasa ataupun yang akan datang, tidak mengira minat atau kritik luaran. Rencana-rencana begitu mungkin tergolong dalam satu atau lebih daripada kategori-kategori berikut:

Dalam keadaan khas, piecemealcranky kadang-kala menyunting rencana yang berkaitan dengan negara, di mana dalam kes ini, tiada sebarang kategori tertentu yang dipilihnya.

Selaras dengan perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu, piecemealcranky juga menerapkan etika-etika berikut dalam menyunting rencana-rencana ciptaannya sendiri, pengguna lain, ataupun jika dia telah bekerjasama dalam sebuah projek suntingan.

Memberikan penghargaan kepada sumber yang sepatutnya

Dalam sejarah menulis sebuah FAQ atau walkthrough dalam permainan video, piecemealcranky sentiasa mematuhi peraturan seorang penulis FAQ, iaitu, daripada teks asalnya, Give credit where credit is due. Ini merupakan Golden Rule yang telah diterapkan dalam bahan-bahan penulisannya. Begitu juga dengan suntingan-suntingan piecemealcranky di Wikipedia. Ini termasuk juga sumbangan-sumbangan lain, contohnya seperti memuat naik imej yang disertakan sumber yang sahih dan benar. Oleh itu, rencana-rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu rujukan yang sah untuk diterima sebagai bahan ensiklopedik di Wikipedia.

Melengkapkan rencana dengan selengkap yang mungkin

Ini bermaksud mencipta rencana yang cukup di sisi gaya penulisan Wikipedia. Menurut piecemealcranky, rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai satu (jika tidak- lebih) rujukan yang sah. Namun jika ini tidak tercapai oleh penyunting, meletakkan satu atau lebih pautan luar juga memadai.

Tidak mengkritik/menghormati suntingan-suntingan pengguna lain

Etika ini sangat penting dalam memastikan bahawa kerjasama di dalam komuniti Wikipedia Bahasa Melayu dikekalkan di antara pengguna-pengguna. Jika piecemealcranky tidak setuju dengan suntingan seseorang pengguna itu, dia selalunya akan memberitahu individu tersebut akan suntingannya, ataupun jika perlu, menyuntingnya terus dan meletakkan rumusan dalam ruangan "Ringkasan" di bawah halaman menyunting.

Menterjemah dengan lengkap dan tepat

Sesetengah ayat dalam bahasa asal atau teks asal, misalnya bahasa Inggeris, adalah sukar untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu tanpa mengubah struktur atau intipati maksud ayat tersebut. Untuk membuktikan kebenaran ini, piecemealcranky telah meletakkan beberapa contoh di bawah:

Istilah bahasa lain

Apabila menyunting rencana yang mengandungi istilah-istilah dalam bahasa lain, misalnya bahasa Jepun, piecemealcranky harus mengikut kaedah paparan yang diletakkan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan, sumber kandungan asal selalunya didapati di English Wikipedia terlebih dahulu, dan bukannya di Wikipedia Bahasa Jepun. Berikut merupakan perubahan serta perbezaan yang terdapat dalam istilah yang digunakan oleh piecemealcranky:

Kegunaan adil (fair use)

Apabila memuat naik imej, piecemealcranky selalunya (namun bukan setiap masa) meletakkan penjelasan yang sesuai dengan imej yang dimuat naikkan. Selepas ini dilakukan, piecemealcranky akan menyatakan sumber (sepertimana yang patut dilakukan semua pengguna lain di Wikipedia). Terdapat dua penjelasan yang seringkali digunakan dalam kes ini:

Kegunaan adil atau fair use merupakan penjelasan yang sah kepada imej yang digunakan di Wikipedia berdasarkan status hakcipta mereka. Latihan meletakkan penjelasan berdasarkan undang-undang ini seringkali diabaikan di Wikipedia Bahasa Melayu. Namun, meskipun tidak dikuatkuasakan, dunia Wikipedia masih tertakluk di bawah polisi pengunaan imej. Oleh itu, sila sertakan penjelasaan penuh kepada imej-imej yang anda muat naik ke Wikipedia. Meskipun jarang dilakukan, piecemealcranky telah mula menerapkan penjelasan kegunaan adil di dalam imej-imej yang dimuat naik olehnya. Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.

Untuk maklumat lanjut, lihat:

atau baca penjelasan di laman muat naik:

Sumbangan wiki

Sumbangan piecemealcranky selalunya dihulurkan kepada Wikipedia Bahasa Inggeris kerana beliau berupaya bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris; beliau juga telah banyak menyunting artikel-artikel kosong ataupun yang sedia ada di sana. Secara mendalam lagi, beliau amat suka menyunting artikel yang berkaitan dengan siri anime, tidak kira edisi Inggeris ataupun edisi Bahasa Melayu. Semua sumbangan beliau kepada Wikipedia Edisi Bahasa Melayu boleh dilihat di Laman Sumbangannya.

Nota: Projek-projek di bawah tidak merangkumi rencana-rencana kecil, misalnya seperti artikel-artikel subteks atau yang membawa maksud untuk sesetengah perkara (termasuklah templat-templat). Antaranya termasuklah Tankobon, Seinen, Yuri, Type-Moon, dan sebagainya. Rencana-rencana ini dicipta piecemealcranky tetapi tidak akan disenaraikan di bawah kerana mereka tidak merangkumi rencana-rencana "bersiri" ataupun "terbitan". Namun begitu, rencana-rencana sekunder tetap disenaraikan.

Projek-projek lengkap

Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah lengkap disunting, disusun daripada "terbaru hingga yang paling lama". Rencana-rencana berikut tidak akan dikemaskinikan lagi di masa hadapan, melainkan jika perlu atau terdapat pembaharuan yang mustahak sahaja. Rencana-rencana yang digelapkan merupakan rencana-rencana pilihan.

Nota tambahan: Sila lihat templat ini untuk senarai rencana-rencana sekunder yang perlu disunting.

Berikut merupakan rencana-rencana yang berpaut ke rencana utama Bleach.

Projek-projek aktif

Senarai rencana-rencana di bawah adalah dikalangan yang terpilih dan akan disunting. Saya tidak meletakkan tempoh yang tetap akan kelengkapan suntingan saya. Oleh itu, mereka mungkin sekali digerakkan ke bahagian projek-projek gugur dan tidak mungkin dikembangkan pada bila-bila masa yang akan datang. Namun, rencana-rencana berikut akan saya sunting dan masih dikira aktif. Anda tidak perlu memaklumkan saya jika anda mahu membantu menyunting; anda boleh terus menambah maklumat sekiranya anda berasa yakin dan telahpun mengetahui selok-belok gaya penulisan Wikipedia. Projek-projek dari bahagian ini akan digerakkan ke bahagian projek lengkap apabila rencananya telah siap disunting (tanpa sebarang pembaharuan/kemaskini) ataupun jika tiada ruang yang boleh dikembangkan berdasarkan manual penulisan.

  • Istilah anime dan manga - Sebuah senarai eksklusif buat istilah-istilah generik dan tidak generik dalam dunia anime dan manga. Daripada senarai ini piecemealcranky mampu mengembangkan rencana-rencana sekunder lain yang memperkenalkan kepada para pembaca maksud yang lebih mendalam lagi dalam setiap rencana mereka yang tersendiri. Rencana utamanya telah siap disunting, dan kini piecemealcranky berada dalam proses menterjemah rencana-rencana yang berpaut kepadanya.
  • xxxHolic - Asalnya sebuah siri manga oleh Clamp. Diadaptasikan sebagai dua buah siri anime dan sebuah filem. Rencana utamanya telah lengkap disunting, namun rencana-rencana sekunder yang tertera pada Templat:XxxHolic belum siap disunting.
  • Elfen Lied - Rencana utama siri ini telah siap disunting piecemealcranky. Kini, beliau sedang dalam proses menyunting rencana-rencana sekundernya. Sila lihat templat Elfen Lied ini untuk senarai rencana-rencana yang perlu disunting.
  • Fabula Nova Crystallis Final Fantasy - Merupakan sebuah kompilasi dalam francais popular iaitu Final Fantasy. Kompilasi ini terbahagi kepada beberapa judul, dan dikeluarkan untuk beberapa konsol dan sistem. Masih dicipta dan diterbitkan oleh Square Enix, piecemealcranky sedang menyunting serta mengemaskinikan maklumat-maklumat yang penting dan terbaru, seperti yang tertera di laman edisi Inggerisnya. Kini, judul-judul yang sah dan disunting piecemealcranky adalah seperti berikut:
    • Final Fantasy XIII - Mempamerkan watak Lightning yang merupakan watak protagonis judul ini. Sedang dikembangkan. Judul sambungan , Final Fantasy XIII-2 sedang dibangunkan pada masa ini.
    • Final Fantasy Versus XIII - Judul dalam kompilasi
    • Final Fantasy Type-0 - Asalnya dikenali sebagai Final Fantasy Agito XIII. Akan disunting setelah judul-judul di atas siap disunting.

Sila lihat templat ini untuk senarai laman-laman yang harus disunting dalam siri Final Fantasy XIII ini.

Projek-projek gugur

Berikut merupakan senarai rencana-rencana yang telah dihentikan daripada status aktif dan digerakkan ke bahagian ini. Setiap rencana yang gagal disunting akan dilabel sebagai "projek gugur" dan tidak akan dikembangkan/dikemaskinikan semula melainkan terdapat suntingan-suntingan yang berkaitan sahaja, ataupun munculnya situasi yang memerlukan mereka untuk dikemaskinikan. Projek-projek dalam perancangan tidak lagi disenaraikan kerana tidak menguntungkan mana-mana pihak sama sekali.

Tugas kepenyeliaan

Bermula 10 Jun 2008, piecemealcranky telah mula melakukan tugas-tugas sebagai seorang Penyelia. Oleh itu, jika kesalahan atau kesilapan kecil dilakukan secara tidak sengaja, dan anda sebagai pengguna berasa kurang berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dilakukan oleh piecemealcranky, anda boleh memaklumkan kepada mana-mana Penyelia lain yang terdapat pada senarai Penyelia aktif, ataupun anda boleh memaklumkan piecemealcranky sendiri akan tindakan yang dibuat pada laman perbincangannya.

Untuk memudahkan pemantauan tugasan, piecemealcranky juga telah menyediakan pautan-pautan ke laman-laman khas di puncak laman ini. Anda boleh melihat log-log tindakan yang dilakukan oleh piecemealcranky. Jika anda mengenalpasti sebarang kesilapan dalam log tersebut, sila maklumkan piecemealcranky.

Permintaan

Sila lihat Wikipedia:Memohon rencana.

Rujukan

Berikut merupakan sumber-sumber yang saya rujuk untuk menambah maklumat ke dalam laman pengguna ini. Sila tinggalkan mesej kepada saya sekiranya saya tidak memberi penghargaan kepada mana-mana bahan yang tertera di laman ini, sama ada anda pemilik/penciptanya ataupun tidak.

  1. ^ "Senarai penyumbang di GameFAQs bermula dengan huruf "P"".
  2. ^ "Twisted Metal: Small Brawl di GameFAQs.com".
  3. ^ "Twisted Metal Saga di www.retrojunk.com".

Lihat juga

Pautan luar berkaitan