Farah Diana Anuar | |
---|---|
Kelahiran | Farah Diana binti Anuar 25 Januari 1985 [1] |
Nama lain | Farah AF2, Farah Breep Breep , Farah Diana |
Pekerjaan | Penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Pasangan | Johan Johari (k. 2011) |
Anak-anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | Akademi Fantasia Musim 2 |
Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2[2] atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Sebelum menyertai rancangan realiti TV Akademi Fantasia, beliau telah menyertai rancangan Suara Jati Malaysia pada tahun 2003 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Farah memiliki tiga orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 [3] dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 & Ara Johan yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2011 [4].
Suami beliau merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang merupakan anak seorang guru (Bersara) iaitu Puan Salma Sulaiman. Farah kini menetap di Pulau Pinang bersama keluarga mertua dan berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana beliau aktif dalam bidang pengacaraan untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.
Judul Lagu | Komposer | Album | Tahun | Pencapaian |
---|---|---|---|---|
1. Tangisan Dalam Kerinduan | Adnan Abu Hassan | Antara Dua | 2005 | - Juara carta Muzik-Muzik selama beberapa minggu.
- Berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2005. - Menang Lagu Balada Popular Pilihan SMS separuh Akhir Muzik-Muzik 2005 - Juara carta radio beberapa stesen seperti ERA fm & Muzik fm |
2. Antara Dua | Adnan Abu Hassan & Fariz | Antara Dua | 2005 | - Berjaya ke peringkat akhir Hits1 (Finalis di tempat keempat)
- Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM |
3. Jalan Terakhir | Adnan Abu Hassan & Fariz | Antara Dua | 2005 | - Juara Carta XFresh FM selama beberapa minggu
- Hits di stesen Radio Sinar FM |
4. Mengejar Pelangi | Adnan Abu Hassan | Antara Dua | 2005 | |
5. Milikmu Sepenuhnya | Sharon Paul | Antara Dua | 2005 | |
6. Usah Kau Berpaling | Sharon Paul | Antara Dua | 2005 | |
7. Menari Bersamaku | Juliza Adzlizan | Antara Dua | 2005 | |
8. Mengapa...Janji Manismu | Gubahan semula (Adnan Abu Hassan) | Antara Dua | 2005 | |
9. Kalimah Indera | Edrie Hashim | Fantasia | 2009 | |
10. Cinta Ini | Aidit Alfian & Ad Samad | Fantasia | 2009 | |
11. Kau Yang Bernama Cinta | Ajai & Abie | Fantasia | 2009 | |
12. Tak Pernah Ada | Alim The Times & Bakhtiar Effendy | Fantasia | 2009 | |
13. Cinta Lagi | Ajai | Fantasia | 2009 | - Tercalon dalam Muzik-Muzik |
14. Fantasia | Aidit Alfian & Ad Samad | Fantasia | 2009 | |
15. Grafiti Cinta | Alim The Times & Loloq | Fantasia | 2009 | |
16. Gembira Hidup Ini | Ajai & Abie | Fantasia | 2009 | - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM
- OST Soundtrack Filem Kayangan |
17. Tak Tahu Antara Dua (Ft. Adam Af2) | Edry KRU | Adam 2 (Adam) | 2007 | - Hits di beberapa stesen radio seperti Hot FM, Era FM & Muzik FM |
18. Perang Cinta (Ft. Ella) | Loloq | Ratu Rock (Ella) | 2005 | |
19. Warisan Hawa | Edry KRU | Lagu Tema | 2011 | Lagu tema Ustazah Pilihan (Astro Oasis) |
20. Sehati Sejiwa (New Version) | LY & Baiduri | Lagu OST | 2013 | Lagu Tema OST Filem Cinderella 2013 |
Pencapaian di Akademi Fantasia Musim Ke 2 Lagu Tugasan di konsert Akademi Fantasia
Minggu | Lagu Tugasan | Kedudukan sebelum konsert | Kedudukan selepas konsert | Nota |
---|---|---|---|---|
1 | Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah) | 10 (3 terendah) | 5 (top 5) | Naik 5 Tangga |
2 | Tua Mengejar Kita (Fauziah Latif) | 10 (3 terendah) | 7 | Naik 3 Tangga |
3 | Janji Manismu (Aishah) | 12 (Paling rendah) | 4 (top 5) | Naik 8 Tangga |
4 | Dancing Queen (Abba) | 10 (2 terendah) | 3 (top 3) | Naik 7 Tangga |
5 | Tenda Biru (Dessy Ratnasari) | 9 (2 terendah) | 4 (top 5) | Naik 5 Tangga |
6 | Ya Maulai (Siti Nurhaliza) | 8 (2 terendah) | 4 (top 5) | Naik 4 Tangga |
7 | Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) | 7 (2 terendah) | 6 | Naik 1 Tangga |
8 | Bebas Berlari (Nora) | 7 (paling rendah) | 1 (Juara) | Naik 6 tangga |
9 | Mengapa (Nicky Astria) | 6 (paling rendah) | 2 (Naib Juara) | Naik 4 tangga |
10 | Sk8er Boi" (Avril Lavigne)
Tangisan Dalam Kerinduan (Lagu baru) |
4 (3 terendah) | 4 (3 terendah) | Kekal di tempat ke 4 |
Beliau juga telah mendendangkan lagu Menghitung Hari (kris Dayanti) untuk Konsert Reunion AF2 yang diadakan sebulan selepas tamat Program akademi fantasia musim ke 2.
Carta Kedudukan & Penyingkiran selepas konsert
Kedudukan | Konsert Mingguan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | |||||
1 | Linda | Mas | Mas | Nurul | Zahid | Linda | Zahid | Farah | Adam | Zahid | ||||
2 | Kaer | Linda | Linda | Mas | Kaer | Zahid | Bob | Adam | Farah | Linda | ||||
3 | Mas | Adam | Kaer | Farah | Mas | Bob | Kaer | Kaer | Zahid | Adam | ||||
4 | Adam | Kaer | Farah | Linda | Farah | Farah | Mas | Zahid | Kaer | Farah | ||||
5 | Farah | Zarina | Adam | Kaer | Nurul | Nurul | Adam | Bob | Bob | Bob | ||||
6 | Zarina | Zahid | Fitri | Zahid | Adam | Kaer | Farah | Mas | Mas | Kaer | ||||
7 | Bob | Farah | Zahid | Adam | Linda | Adam | Linda | |||||||
8 | Zahid | Nurul | Bob | Anding | Zarina | Mas | Nurul | |||||||
9 | Nurul | Fitri | Anding | Zarina | Bob | Zarina | ||||||||
10 | Anding | Anding | Zarina | Bob | Anding | |||||||||
11 | Fitri | Bob | Nurul | Fitri | ||||||||||
12 | Edlin | Edlin | Edlin |
Beliau merupakan peserta paling konsisten dalam af2 kerana seringkali mendapat undian terendah sebelum konsert tetapi undian beliau akan naik mendadak ke kedudukan 5 teratas sejurus selepas konsert menyebabkan menjadikan beliau antara peserta wanita paling berjaya kerana satu2 nya peserta yang tidak tersingkir selepas menyaksikan seorang demi seorang perserta wanita tersingkir dari konsert mingguan.
Semasa beliau menyanyikan lagu "Mengapa" di konsert ke 9 AF2, beliau mendapat perhatian dan tepukan gemuruh penonton kerana beliau menyanyikan lagu tersebut dengan mengekalkan key asal penyanyi original dan sehingga kini belum ada penyanyi yang dapat menandingi beliau menyanyikan lagu tersebut dengan key yang sama. video beliau untuk lagu mengapa telah mendapat tontonan melebihi 1 juta viewers di Youtube dan mendapat review dari beberapa youtubers antarabangsa dari negara2 lain yang turut memuji kehebatan vokal beliau.