Fyna Jebat | |
---|---|
Kelahiran | Nur Syafinaz binti Jebat 5 Mac 1993 |
Nama lain | Fyna |
Pekerjaan | Penyanyi, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2011–kini |
Pasangan | Dato' Zainal Abidin Hassan (k. 2023; c. 2023) |
Saudara | Ayda Jebat (kakak) Sabira Jebat (adik) Danial Jebat (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Nur Syafinaz "Fyna" binti Jebat (lahir 5 Mac 1993) (sebelum ini dikenali sebagai "Fina" dan "Fina AF9") merupakan seorang penyanyi, penghibur dan ahli perniagaan dari Malaysia. Selain itu, beliau mula dikenali dalam dunia seni hiburan tanahair menerusi lagu Menangis Lagi pada tahun 2011.[1][2]
Fyna merupakan anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Penyanyi dan aktres popular, Ayda Jebat merupakan kakak beliau. Pada awal Januari 2023, Fyna mengesahkan bahawa beliau telah mendirikan rumahtangga bersama jurulatih kelab bolasepak Melaka United FC iaitu Dato' Zainal Abidin Hassan.[3] Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pasangan ini disahkan sudah bercerai dan mengakhiri ikatan perkahwinan mereka pada tahun yang sama.[4]
Televisyen: