Shaza Bae | |
---|---|
Kelahiran | Shaza Nuriman binti Mohamad Zamri 24 Mei 1995 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Model, model iklan, pengacara, wartawan, pelakon, pensyarah |
Tahun aktif | 2013–kini |
Shaza Bae (lahir Shaza Nuriman Mohamad Zamri; 24 Mei 1995 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan seorang peragawati, pengacara, wartawan dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019/20.[1][2][3] Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[4][5]
Shaza memulakan kerjaya hiburan pada 2013 dengan membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk "Jahit". Sejak itu, beliau menjadi model iklan untuk pelbagai jenama seperti Telekom Malaysia, Maxis, U Mobile, Cadbury dan Libresse.
Kerjaya lakonannya bermula pada 2016 apabila beliau membintangi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi. Di luar kerjaya hiburan, Shaza juga berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif di Fakuliti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam.[6] Beliau pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Amy Nur Tinie yang disiarkan di TV1.[7]
Pada tahun 2019, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 12 peserta Dewi Remaja 2019 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Syamira Izzati dan Tengku Shatirah Amanda.[8] Shaza mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila melakonkan watak Rossa Arabella dalam drama adaptasi novel Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann. Untuk menjayakan watak Rossa, beliau memakai kanta lekap.[9][4]
Beliau kemudian berlakon di samping Yusuf Bahrin dalam telefilem Ismadi Belum Mati dengan memegang watak Siti, seterusnya muncul dalam drama Jangan Ganggu Jodohku yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Yusuf di mana Shaza memegang watak sebagai Aliza.[10][11]
Pada tahun 2022, Shaza menjadi pelakon utama bersama Hun Haqeem dalam drama Ulya & Dini arahan Tam Suhaimi yang disiarkan di Astro Ria,[12] ini kemudian diikuti oleh watak lakonannya sebagai Safiana dalam Nusyuz Berkiblat Cinta lakonan bersama Fikry Ibrahim, Emma Maembong dan Nadhir Nasar.[13]
Shaza dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Malaya (UM).[5] Beliau berketurunan Jawa.[14]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Tundukkan Playboy Itu | Eva | TV3 | Drama pertama |
2017 | Mr. Hijab | Mariam | ||
2020 | Perempuan Tanpa Dosa | Yaya | Astro Ria | |
2021 | Marry Me Senorita | Rossa Arabella | Watak Antagonis | |
Jangan Ganggu Jodohku | Aliza | |||
2022 | Ulya & Dini | Ulya | ||
Nusyuz Berkiblat Cinta | Safiana | |||
2022–2023 | Nikah, Cerai, Rujuk | Hanna | ||
2023 | Chinta Wrong Direction | Akma | ||
2024 | Framed | Azlina | Astro Premier | |
Leha Leya Lawa | Rahmah | Tonton | ||
Aku Bukan Ustazah | Sam | TV3 | ||
Hello Jodoh | Cassandra |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Kawanku Alin | Alin | Astro Ceria |
2021 | Ismadi Belum Mati | Siti | Astro Citra |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Manja Diri | Pengacara | TV Okey | |
2019 | Tumit Tinggi | TV1 | ||
2020–kini | Hlive | Astro Ria | ||
2020 | Ohsem | Artis jemputan | Awesome TV | |
2021 | Cer Teka? | |||
Tok Kata | ||||
Glam Ke Teng'glam 2 | ||||
Hero Remaja 2021/2022 | Pengacara | Astro Ria | ||
2022 | Sepahtu Reunion Live | Wani | Astro Warna | Episod: "Budi Si Beca Antik" |
Cuti-cuti Malaysia: Tour Race | Dirinya sendiri | Astro Awani | ||
2024 | Sepahtu Reunion Al-Moreh | Astro Warna | Episod: "Rapuhnya Sebuah Kejujuran" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [15] |
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Haneesya Hanee (ditarik balik) |
Dewi Remaja 2019/2020 |
Diikuti oleh: Tracie Sinidol |