Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris Melayu Kantonis Mandarin Tamil |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Induk | Astro |
Saluran kembar | Astro Ria Astro Prima Astro Oasis Astro Warna Astro Citra Astro Rania Astro Aura |
Sejarah | |
Dilancarkan | 18 September 2023 |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 110 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand |
Astro Premier merupakan sebuah saluran televisyen Astro yang memaparkan siri televisyen premium di bawah jenama Astro Originals. Dilancarkan pada 18 September 2023, saluran ini juga memuatkan kandungan premium tempatan dan serantau yang memperoleh pemeringkatan (ratings) tontonan yang tinggi — ia merangkumi sejumlah filem, telefilem, dan drama bersiri terbaik.
Kewujudan jenama Astro Originals bermula dengan tayangan siri mini 8-episod yang bertajuk DO[S]A: The Sacred Sin pada tahun 2017 di aplikasi Tribe (buatan Astro untuk penonton mudah-alih di Indonesia)[1] dan di Astro First setahun kemudian.[2] Pada tahun 2018, Demon's Path, drama bersiri thriller asal Hong Kong terbitan Astro Originals telah ditayangkan serentak di Astro Wah Lai Toi dan BOO.[3] Kedua-dua siri ini masih tersedia untuk distrim di aplikasi Astro GO dan sooka.
Sejak daripada itu, karya-karya premium Astro Originals yang lain telah dihasilkan. Pada tahun 2020, Astro Citra menghimpunkan sebilangan tajuk baharu pelbagai genre untuk memberi pengalaman unik kepada penonton seperti Kampong Pisang Bersiri-siri (2020), i-Tanggang: Mother of All Lies (2021), dan Histeria the Series (2022).
Kemudian, pada tahun 2022, jenama Astro Originals berpindah ke Astro Ria dengan One Cent Thief (2022), Projek: High Council (2023), dan baru-baru ini, Jack Yusof: Father in Training (2023).
Astro Originals melebarkan sayap dengan penghasilan siri premium berbahasa Cina di Astro Shuang Xing melalui Lost & Found (2022) dan The Patient (2023), dan di Astro AEC menerusi Once Upon a Kopitiam (2023). Malah, kandungan Astro Originals juga boleh distrim buat pertama kali di aplikasi sooka pada tahun yang sama.
Tahun 2022 juga menyaksikan saluran pop-up khas Astro Originals telah diwujudkan. Ianya hasil kejayaan dua siri premium yang menjadi topik perbualan hangat oleh penonton Malaysia — OneCentThief & ProjectHighCouncil — dengan beberapa kandungan istimewa seperti di sebalik tabir dan temubual bersama para pelakon & pengarah.
Kejayaan membanggakan siri Astro Originals sehingga tercalon atau memenangi penganugerahan serantau telah memberi nafas baharu dalam landskap penghasilan siri televisyen premium yang bermutu tinggi di Malaysia. Pada 24 Ogos 2023, siri adaptasi asal U.K., Liar: Two Sides, One Truth (2023) telah memenangi anugerah perak dalam kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia di acara ContentAsia Awards 2023 yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand.[4]
Pada 22 September 2023, tayangan perdana pertama Astro Premier, Riot!: Rebel with a Cause (2023) telah disiarkan pada jam 9:00 malam waktu Malaysia.[5] Ketika Riot! ditayangkan, Astro Premier turut menayangkan Mystic Village (2023) pada 30 Oktober 2023.[6]
Pada 8 Julai 2024, Astro Premier bertukar nombor salurannya ke saluran 110; sebelum ini di saluran 410 pada awal pelancaran siarannya, 18 September 2023.[7]
Selain kandungan asli oleh Astro, Astro Premier juga menayangkan kandungan penstriman serantau seperti Viu, GoPlay, dan Youku.
Senarai rancangan berikut adalah dalam lingkungan tempoh antara 18 September 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Sorot warna ini adalah tajuk di bawah Astro Originals.
Tahun | Tajuk | Saluran asal |
---|---|---|
2019 | Devoted | Viu |
2020 | Kalvanai Kandupidi | Astro Vinmeen HD |
Gossip Girl Indonesia | GoPlay | |
Pretty Little Liars | Viu | |
2021 | Projek: Anchor SPM | Astro Citra |
2022 | Hilang | Viu |
Histeria the Series | Astro Citra | |
Kudeta | Astro Ria | |
Lost & Found | Astro Shuang Xing | |
2023 | Alter-Naratif | Viu |
Projek: High Council | Astro Ria | |
Liar | ||
Jack Yusof | ||
Nenek Bongkok Tiga | Viu | |
Riot! | Astro Premier | |
Mystic Village | ||
Gamers Mangkuk | ||
2024 | I.D. | Astro Premier |
Framed[8] | ||
X-Change |