Segama | |
---|---|
![]() Pemandangan Gua Tepadung, Lahad Datu | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Lahad Datu |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Lahad Datu |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Ketapi (Parti Warisan Sabah) (Segama) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Sapagaya |
Segama ialah salah sebuah Mukim yang terdapat di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Nama Segama berasal daripada perkataan se'agama atau segamo dalam Bahasa Idahan.
Sebelum Era Penjajahan Inggeris, Segama merupakan sebuah perkampungan yang dihuni oleh Suku Kaum Idahan, manakala suku kaum Subpan pula mendiami kawasan Ulu Segama.
Gudang Segama
Kawasan Segama terletak di bahagian tengah Daerah Lahad Datu yang bersempadan dengan beberapa buah mukim lain seperti Mukim Dam, Mukim Bandar, Mukim Sapagaya dan juga Mukim Paris di Kinabatangan.
Sungai Segama merupakan sungai terpanjang dan terbesar di daerah Lahad Datu.
Penduduk Mukim Segama hari ini terdiri daripada berbilang kaum, contohnya seperti etnik Idahan, Subpan, Dusun Segama, Melayu Kokos, Bajau, Bugis, Jawa dan Cina.
Agama Islam adalah Dominant di Mukim Segama diikuti oleh Agama Kristian dan lain-lain.
Terdapat beberapa buah sekolah di Kawasan Segama iaitu
Antara tempat menarik dan kawasan bersejarah di Segama adalah seperti Gua Tapadong, Hutan Simpan Ulu Segama, Taliwas dan Gudang Segama yang merupakan bangunan tinggalan British.