Waktu Piawai Malaysia atau Malaysian Standard Time merupakan Piawaian waktu yang digunakan di Malaysia. Tempoh piawaiannya adalah 8 jam mendahului GMT atau UTC di United Kingdom.

Am / Perihal

Waktu Piawai Malaysia (MST; bahasa Inggeris: Malaysian Standard Time, WPM) atau Waktu Malaysia (MYT) ialah Waktu Piawai yang digunakan di Malaysia. Tempoh Piawainya ialah 8 jam Mendahului Waktu Universal Selaras (UTC).[1] waktu tempatan yang asal di Kuala Lumpur iaitu UTC +06:46:46. Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) menggunakan waktu tempatan yang piawai ini sehingga Tarikh 1 Februari 1901, ketika memutuskan untuk mengikut waktu tempatan asal Singapura iaitu UTC +06:55:25. Diantara ahkir dari Perang Dunia Kedua dan hingga Pembentukan Malaysia pada Tarikh 16 September 1963, ia dikenali sebagai Waktu Piawai British Malaya, iaitu UTC +07:30. pada Pukul 23:30 pada Waktu Tempatan pada Tarikh 31 Disember 1981, orang-orang di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) menyesuaikan jam dan jam tangan mereka untuk memajukan 30 minit ke depan untuk menjadi pukul 00:00 pada Waktu Tempatan pada Tarikh 1 Januari 1982, untuk menselaraskan waktu tempatan yang di gunakan Malaysia Timur (Malaysia Borneo), iaitu UTC +08:00. SGT (Singapura) mengikuti perubahan tersebut dan juga gunakan waktu ini hingga kini.[2][3]

Sejarah pertukaran waktu

Di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat)

Di Malaysia Timur (Malaysia Borneo)

Sejarah

Waktu di Semenanjung Malaysia

Tempoh dalam Penggunaan Pengimbangan masa dari GMT (kini mengunakan format UTC) Nama Waktu (tidak rasmi)
Sebelum 1 Januari 1901 GMT+06:46:46 (UTC +06:46:46) Waktu Piawai British Malaya
1 Januari 1901 – 31 Mei 1905 GMT+06:55:25 (UTC +06:55:25) Waktu Piawai Singapura
1 Jun 1905 – 31 Disember 1932 GMT+07:00 (UTC +07:00) Zon Waktu Piawai
1 Januari 1933 – 31 Ogos 1941 GMT+07:20 (UTC +07:20) Waktu Piawai Tengah Hari
1 September 1941 – 15 Februari 1942 GMT+07:30 (UTC +07:30) Waktu Piawai Tengah Hari
16 Februari 1942 – 11 September 1945 GMT+09:00 (UTC +09:00) Waktu Piawai Tokyo
12 September 1945 – 31 Disember 1981 GMT+07:30 (UTC +07:30) Waktu Piawai Tengah Hari/Waktu Piawai Malaya
1 Januari 1982 – kini UTC+08:00 Waktu Piawai Malaysia [4]

Waktu di Malaysia Borneo

Tempoh dalam Penggunaan Pengimbangan masa dari GMT (kini mengunakan format UTC) Nama Waktu (tidak rasmi)
Sebelum 1 Mac 1926 GMT+07:00 / GMT+07:21:20 (UTC +07:00 / UTC +07:21:20) Waktu Tempatan Kuching
1 Mac 1926 – 31 Disember 1932 GMT+07:30 (UTC +07:30) Waktu Piawai Borneo Utara & Waktu Piawai Sarawak
1 Januari 1933 - 15 Februari 1942 GMT+08:00 (UTC +08:00) Waktu Piawai Borneo Utara & Sarawak
16 Februari 1942 – 11 September 1945 GMT+09:00 (UTC +09:00) Waktu Paiwai Tokyo
12 September 1945 – 31 Disember 1981 GMT+08:00 (UTC +08:00) Waktu Piawai Borneo Utara/Sabah dan Waktu Piawai Sarawak
1 Januari 1982 – kini UTC+08:00 Waktu Piawai Malaysia [5]

Pempiawaian Waktu di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menyatakan bahawa orang di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) akan menggerakkan jam mereka lebih maju 30 minit untuk menyamai waktu yang digunakan di Malaysia Timur (Malaysia Borneo) (UTC + 08:00) pada Tarikh 31 Disember 1981. Walau bagaimanapun, banyak yang menganggap ini janggal , kerana kebanyakan penduduk (kira-kira sebanyak 80% / Lapan Puluh Peratus) tinggal di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) dan bukannya di Malaysia Timur (Malaysia Borneo) (di Borneo). Waktu bertukar berkuatkuasa pada Tarikh 1 Januari 1982 dari jam 00:00 (waktu lama) hingga 00:30 (waktu baharu).

Penjaga Masa

Pada Tarikh 1 Januari 1990, Kabinet Malaysia melantik Makmal Metrologi Nasional (Sirim) sebagai penjaga masa rasmi Malaysia. Ia menyebarkan masa sejagat yang diselaraskan ditambah 8 jam. Skala waktu ini berasal dari lima jam atom yang dikendalikan oleh Sirim dan selalu berada dalam 0.9 saat dari waktu sah.

Basis Data Zon Waktu IANA

Basis data Zon Waktu IANA [6] menyimpan 2 zon waktu Malaysia dalam fail zon.tab (zone.tab):

c.c.* koordinat* TZ* komen* Ofset UTC UTC Ofset DST Nota
ISO 3166-1:MY +0310+10142 (03°08′52″N 101°41′43″E / 3.14778°N 101.69528°E / 3.14778; 101.69528Koordinat: 03°08′52″N 101°41′43″E / 3.14778°N 101.69528°E / 3.14778; 101.69528) Asia/Kuala Lumpur Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) UTC +08:00 tiada data Waktu Piawai Malaysia
ISO 3166-1:MY +0133+11020 (01°33′36″N 110°20′42″E / 1.56000°N 110.34500°E / 1.56000; 110.34500) Asia/Kuching Malaysia Timur (Malaysia Borneo) UTC +08:00 tiada data Waktu Piawai Malaysia

Rujukan

  1. ^ Commissioner of Law Revision (1 January 1982). "Malaysian Standard Time Act 1981" (PDF). Dicapai pada 11 September 2020.
  2. ^ http://www.zukidin.com/2021/03/sejarah-pertukaran-waktu-di-malaysia.html
  3. ^ https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=609074
  4. ^ http://www.zukidin.com/2021/03/sejarah-pertukaran-waktu-di-malaysia.html
  5. ^ http://www.zukidin.com/2021/03/sejarah-pertukaran-waktu-di-malaysia.html
  6. ^ https://www.iana.org/time-zones

Lihat Juga

Pautan luar