Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Pandelela Rinong anak Pamg Joheng | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama samaran | Lela | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Kampung Jugan, Bau, Sarawak, Malaysia[1] | 2 Mac 1993|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketinggian | 5 ft 3 in (1.6 m)[2] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berat badan | 52 kg (115 lb)[3] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Acara | 10m, 10m segerak, 3m dan 3m segerak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelab | Majils Sukan Negara[4] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | [ Nur Dhabitah Sabri ] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dilatih oleh | Yang Zhuliang[4] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Dato Pandelela Rinong anak Pamg PSBS; AMN; JBK (lahir 2 Mac 1993) ialah seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita,[5][6] dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[7]
Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan Bidayuh di Bau, Sarawak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng.[8][9][10] Beliau mempunyai ketinggian 5'3" dan mempunyai berat 52kg.[11] Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau.[8] Beliau berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.[12] Beliau kini mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.[13] 0000
Pandelela membuat kemunculan persaingan antarabangsa pertama beliau pada tahun 2007 di Kejohanan Remaja Akuatik Asia di mana beliau memenangi empat pingat emas.[14] Di Sukan Asia Tenggara 2007 di Thailand, beliau memenangi pingat emas dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong.[15] Pandelela membuat penampilan Olimpik pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 pada usia 15 tahun.[16] Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.[17] Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing, China.[18]
Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.[19]
Pada 2010 di New Delhi, India, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter.
Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.[20] Untuk memperingati kejayaannya, beliau telah dibawakan oleh Johan Bintang Kenyalang oleh Kerajaan Negeri Sarawak, dalam majlis khas yang diadakan di Astana sejurus selepas pulang ke tanah airnya.[21] Beliau menjadi atlet pertama Sarawak untuk diberikan anugerah itu.[22]
Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2013 di Barcelona, Pandelela dan Mun Yee merangkul pingat gangsa dalam platform serentak 10m dengan 331.14 mata.[23] Beliau juga menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform individu.[24] Di Sukan Asia Tenggara 2013 di Naypyidaw, beliau mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m.[25]
Pandelela bersaing pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Walaupun mengalami kecederaan lutut, beliau memenangi pingat gangsa dalam platform serentak 10m bersama Nur Dhabitah Sabri.[26] Beliau juga memenangi pingat perak dalam acara 10m platform dengan skor 368.55 mata.[27] Di Sukan Asia 2014 di Incheon, beliau memenangi pingat gangsa dalam platform 10 meter bersama Leong Mun Yee.
Pada Julai 2015, Pandelela membuat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang menamatkan podium dalam satu acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia.[28] Beliau meraih pingat gangsa dalam platform 10 m individu di Kazan dan layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.[29]
Di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Pandelela memenangi pingat perak dalam platform serentak 10 m dengan Cheong Jun Hoong, menjadi pasukan wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat perak di Olimpik.[30] Untuk menghargai pencapaiannya di pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya, Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong.[31] Selepas Olimpik Musim Panas 2016, Pandelela berehat untuk memulihkan kecederaan belakang dan bahu.[32]
Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, beliau memenangi pingat gangsa dalam 10 meter serentak dengan Cheong Jun Hoong.[33] Beliau menduduki tempat kesembilan dalam acara 10m platform individu yang telah dimenangi oleh pasangannya, Jun Hoong.[34] Di Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur, beliau memenangi pingat emas dalam acara pasukan yang baru diperkenalkan dengan Gabriel Gilbert Daim.[35] Beliau juga mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m individu.[36]
Pada Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun pula, beliau memenangi pingat emas dalam 10 m platform individu. Sementara itu, beliau menduduki tempat keempat dalam acara 10 m platform berirama bersama dengan Leong Mun Yee.[37]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|
2010 | Sportswriters Association of Malaysia (SAM) - 100plus Sports Awards | Atlet Terbaik | Menang | [38] |
2011 | Anugerah Sukan Kebangsaan | Ahli Sukan Tahun Ini | Menang | [39] |
2011–2012 | Anugerah Sukan Sarawak | Ahli Sukan Tahun Ini | Menang | [40] |
2012 | Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Kerajaan Sarawak | – | Menang | [41] |
National Press Club (NPC) – Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year | – | Menang | [42] | |
Anugerah Sukan Kebangsaan | Ahli Sukan Tahun Ini | Menang | [39] | |
Anugerah SAM-100PLUS-KBS | Atlet Tahun Ini | Menang | [43] | |
2015 | Anugerah Sukan Kebangsaan | Ahli Sukan Tahun Ini | Menang | [44] |
TM Fans Pick Awards – Glorious Moment | Menang | |||
2016 | Nickelodeon Kids' Choice Awards | Favourite Asian Sports Star | Tercalon | [45][46] |
Sportswriters Association of Malaysia (SAM) - 100plus Sports Awards | Atlet Terbaik | Menang | [47] | |
Anugerah Pilihan Online | Bintang Sukan Wanita Pilihan Online | Tercalon | [48] |
Pada tahun 2010, Pandelela mengalami patah tulang di kaki beliau yang mengambil masa enam bulan untuk sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014 beliau mempunyai kecederaan lutut yang menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya di Sukan Asia 2014 kepada dua acara.[4]
Pandelela ialah peminat setia K-pop dan anime Jepun.[4][49] Beliau menamakan Big Bang sebagai kumpulan muzik kegemarannya.[50] Beliau mempunyai 100,000 pengikut di Instagram, dan mempunyai lebih daripada 117,000 orang di laman Facebook rasmi beliau.[50] Abangnya, Pardika Indoma turut mengambil bahagian dalam sukan terjun.[4]
Pada Jun 2018, Pandelela dan enam penerjun lain ditangkap dalam kontroversi selepas video menunjukkan mereka berpesta dan minum alkohol semasa kem latihan di Guangzhou, China. Video itu didakwa drakamkan pada malam hari Tahun Baru Cina.[55][56] Berikutan kejadian itu, Persatuan Renang Amatur Malaysia (PRA Malaysia) menggantungkan elaun tujuh penyelam kebangsaan dengan serta-merta dengan tindakan lebih disiplin yang ditetapkan.[57] Pandelela dan enam orang penyelam lain memohon maaf secara terbuka dan berjanji bahawa kejadian itu tidak akan diulang.[58]
|parents=
ignored (bantuan)
|lastauthoramp=
ignored (bantuan)
|lastauthoramp=
ignored (bantuan)
Sukan Olimpik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Azizulhasni Awang |
Pembawa bendera Malaysia London 2012 |
Diikuti oleh: Lee Chong Wei |