One Punch-Man | |
ワンパンマン (Wanpanman) | |
---|---|
Genre | Aksi, Cereka sains, Parodi, Komedi, Adiwira |
Manga | |
One Punch-Man (komik web) | |
Pengarang | One |
Penerbit | Terbitan sendiri |
Tarikh Pengeluaran | 3 Julai 2009 – kini |
Manga | |
One-Punch Man (lukis semula) | |
Pengarang | One |
Ilustrasi | Yūsuke Murata |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | |
Demografik | seinen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Young Jump Web Comics |
Tarikh Pengeluaran | June 14, 2012 – kini |
Jilid | 10 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Shingo Natsume |
Skrip/Penulis | Tomohiro Suzuki |
Studio | Madhouse |
Tarikh tayangan | 5 Oktober 2015 – 21 Disember 2015 |
Episod | 12 |
One Punch-Man (Jepun: ワンパンマン, Hepburn: wanpanman, "Lelaki Satu Penumbuk") ialah sebuah komik web karya One[1] yang mulai diterbitkan pada awal tahun 2009[2] mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang menjadikan kerjayanya iaitu adiwira sebagai suatu hobi. Saitama memiliki kekuatan yang dahsyat iaitu beliau mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan sahaja. Manga ini diterbitkan semula dengan lukisan oleh Yūsuke Murata dalam siri terbitan semula Tonari no Young Jump keluaran Shueisha.[2] Setakat 23 jilid tankōbon telah dibukukan setakat Januari 2021.
Ia telah diadaptasikan menjadi anime oleh studio Madhouse dan ditayangkan di Jepun antara bulan-bulan Oktober dan Disember 2015.[3][4][5] Musim kedua anime tersebut mula tayang pada Oktober 2019.
Komik sesawang asal dibaca sebanyak 7.9 juta kali setakat Jun 2012 manakala terbitan semulanya dijual sebnayak 30 juta salinan setakat April 2020.
Saitama, seorang pemuda berkepala botak dan berperwatakan bersahaja dengan kekuatan tumbukan luar biasa memilih menjadi wira sebagai hobi, namun kekuatan luar biasa miliknya yang sering mengalahkan musuh-musuhnya dengan mudah menjadikan dia mula berasa bosan dengan kekuatan miliknya. Perkenalannya dengan seorang remaja cyborg bernama Genos membawa kepada perjalanan mereka berdua untuk menyertai satu persatuan adiwira lalu mula mengharungi kehidupan sebenar mereka sebagai adiwira apabila persatuan ini ditugaskan melindungi Bumi daripada serangan makhluk asing.
Seorang lelaki berusia 25 tahun yang menjadi adiwira bagi mengisi masa lapangnya, memiliki kuasa yang hebat hingga mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan, dia sebelum ini berjaya mengalahkan seekor raksasa meskipun dirinya ketika itu tidak memiliki kekuatan yang dahsyat seperti ketika ini. Saitama mengakui bahawa kekuatan miliknya adalah hasil dari menjalani rutin senaman yang ekstrem namun menyebabkan rambutnya mengalami masalah keguguran hingga menjadi botak sebagai kesan sampingan. Dia baru sahaja dinaikkan pangkat dalam persatuan adiwira dari pahlawan tahap C ke tahap B yang dianggap sebagai pahlawan kelas rendah. Disebabkan kekuatannya yang mampu menewaskan raksasa dengan satu tumbukan menyebabkan kejayaannya itu sering menimbulkan kekeliruan terhadap persatuan adiwira yang menganggap penghapusan raksasa itu dilakukan oleh adiwira lain.
Seorang remaja siborg berusia 19 tahun merupakan anak didik dan sahabat baik Saitama yang sangat dikaguminya. Dia terselamat dari suatu bencana yang mengorbankan keluarganya sekitar empat tahun yang lalu lalu seorang saintis bernama Dr. Kuseno berjaya merawat kecederaan yang dialaminya malah melengkapkannya dengan teknologi pemusnah. Dia dimasukkan oleh ahli jawatankuasa persatuan adiwira ke dalam kategori pahlawan tahap S yakni adiwira kelas elit meskipun kekuatan Saitama jauh melangkauinya.