Chobits
Kulit jilid pertama manga Chobits (edisi Bahasa Inggeris).
GenreKomedi , romantik, fiksyen sains[1], Ecchi
Manga
PengarangClamp
PenerbitJepun Kodansha
Penerbit LainKanada Amerika Syarikat United Kingdom Tokyopop

Brazil Editora JBC
Perancis Quebec Pika Éditions
Itali Star Comics
Korea Selatan Daiwon CI
Sweden Bonnier Carlsen
Sepanyol Norma Editorial
Mexico Editorial Vid
Poland J.P.Fantastica

Jerman EMA
Anime
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse
Penyiaran AsalAnimax, TBS, BS-I
Penyiaran LainKorea Selatan Anione
Malaysia Animax
Amerika Syarikat Anime Network
Poland Hyper
Dikeluarkan pada2 April 200224 September 2002
Specials
  • Episod 9
  • Episod 18
  • Episod 27 (OVA)
Portal Anime dan Manga

Chobits (ちょびっツ, Chobittsu) ialah siri manga dan anime Jepun hasil karya Clamp. Tidak seperti kebanyakan hasil karya Clamp yang lain, Chobits ialah siri seinen, khususnya genre teman wanita sihir. Siri manganya mengambil tempat di persekitaran yang sama seperti dalam siri Angelic Layer dan jalan ceritanya berlaku beberapa tahun selepas Angelic Layer.

Chobits diterbitkan dalam 88 episod manga yang disiarkan dalam majalah Young Magazine terbitan Kodansha serta dihimpunkan dalam 8 jilid. Versi Bahasa Inggeris pula diterbitkan oleh Tokyopop. Versi animenya pula disiarkan sebanyak 24 episod dengan tambahan 3 episod "recap", menjadikan keseluruhan jumlah episod sebanyak 27 episod.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Jalan cerita Chobits tertumpu kepada kisah hidup Motosuwa Hideki, seorang pelajar mengulang yang belajar di sekolah ulangan Seki di Tokyo untuk menduduki semula peperiksaan kemasukan universiti. Selain ingin mendapat seorang teman wanita, dia juga ingin memiliki sebuah persocom (komputer peribadi berupa seperti manusia) tetapi tidak mampu memilikinya disebabkan harganya yang sangat mahal.

Semasa Hideki pulang ke rumah pada suatu malam, dia terjumpa sebuah persocom berupa seakan gadis cantik terbaring di sebalik longgokan sampah. Pada mulanya dia menyangka ada berlaku pembunuhan, tetapi setelah menyedari bahawa gadis tersebut sebenarnya ialah persocom, dia terus membawanya pulang. Sungguhpun persocom itu berjaya dihidupkan, tetapi dia hanya tahu menyebut "chi", maka Hideki menamakan persocom itu sebagai Chii. Walaupun secara zahirnya tiada program komputer yang dipasang padanya, rakan-rakan Hideki membuat kesimpulan bahawa Chii masih ada program pembelajaran terpasang padanya, melihat daripada kelakuannya.

Kebanyakan bahagian jalan cerita memaparkan kesungguhan Hideki untuk mengajar Chii perkataan baru, konsep serta kelakuan baik sewaktu masa lapang antara waktu ke sekolah dengan waktu bekerja. Dalam masa yang sama, secara perlahan-lahan Chii seakan mula menaruh perasaan terhadap Hideki - berbeza dengan kebanyakan persocom - dan Hideki pula terpaksa bergelut dengan perasaan terhadap Chii. Siri ini banyak membongkar sifat semulajadi persocom, interaksi manusia terhadap mereka, serta sifat cinta. Beberapa watak manusia serta persocom mereka diperkenalkan; ada yang menyayangi persocom, ada yang menganggap persocom sebagai alat sahaja, dan tidak kurang pula ada yang membenci mereka.

Dalam bahagian selanjutnya, watak-watak utama mula mengenal pasti sejarah silam misteri Chii. Chii mula cenderung membaca siri buku cerita bergambar Bandar Tidak Berpenghuni (だれもいない町, Daremo inai machi) , yang seolah-olah mula membangkitkan sesuati di dalam dirinya. Siri buku tersebut mendorong Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku", istilah bagi merujuk kepada orang yang dicintai. Semasa penghujung cerita, Chii bersama-sama dengan Hideki mengetahui identiti sebenar Chii, termasuklah apa yang tersirat di dalamnya.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Hideki Motosuwa
Chii
Shinbo Hiromu dengan Sumomo
Chitose Hibiya
Minoru Kokubunji
Freya
Takako Shimizu
Yumi Omura
Hiroyasu Ueda dengan Yumiisteri dan persocomnya.
Yoshiyuki Kojima
Zima
Dita

Tema

[sunting | sunting sumber]

Di sebalik tema komedi dan ecchi, siri Chobits berkisar kepada beberapa dualiti bagi isu -isu yang dipaparkan, seperti hubungan antara manusia dan persocom. Disebabkan persocom boleh diprogramkan untuk meniru kelakuan manusia yang disukai, ada manusia yang memilih untuk mengadakan hubungan dengan persocom, menyebabkan beberapa masalah seperti ketidakupayaan untuk memperoleh zuriat.

Siri tersebut juga turut menyentuh isu-isu serta pendapat mengenai kesucian manusia, dan hubungan seks yang tidak mampu dilakukan oleh Chii. Siri ini juga turut memberi petunjuk mengenai sebab mengapa suis utama Chii ditempatkan di celah kelengkangnya, berserta dengan "keupayaan istimewanya" yang diberikan ayahnya selepas kematian Freya - ayahnya berharap agar Chii disayangi tanpa sebarang tekanan seksual. Konsep percintaan pula banyak disentuh dalam siri buku Bandar Tidak Berpenghuni; menyentuh mengenai isu pencarian dan penantian seseorang yang disifatkan sebagai "jodoh". Kisah di dalam buku tersebut benar-benar selari dengan kisah Freya (kakak kembar Chii) yang jatuh cinta dengan ayahnya sendiri (penciptanya), dan digunakan sebagai "panduan" kepada Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku".

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah "Chobits" digunakan kerana ayah mereka, Mihara Ichiro, menggunakan perkataan "chobi" untuk merujuk kepada sesuatu yang kecil dan comel.[2] Perkataan "Chobits" juga ialah anagram kepada "Hibiya Chitose" serta kata laluan yang digunakan pada Elda, Freya, Sumomo dan kemudian Chii. Ejaan Jepun bagi tajuk siri tersebut ialah campuran huruf hiragana ちょびっ Chobi[t] dan katakanatsu. Kata laluan Sumomo pula menggunakan gabungan huruf katakana チ Ch[i] dan hiragana ょびっつ [y]obittsu. Dalam manga versi Bahasa Inggeris, kata laluan Sumomo dieja sebagai "Chobits", dengan huruf C besar. Penggunaan gabungan huruf sebagai memenuhi syarat bagi menetapkan kata laluan persocom.

Perkataan persocom (パソコン, pasokon) dalam Bahasa Jepun ialah kependekan daripada komputer peribadi (パーソナルコンピュータ, pāsonaru konpyūta). Di Jepun, istilah pasokon merujuk kepada semua komputer peribadi sebagaimana kependekan PC dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dalam siri Chobits, istilah tersebut digunakan pada semua komputer humanoid memandangkan semua komputer dalam persekitaran Chobits dibina menyerupai manusia. Istilah persocom digunakan dan bukannya istilah "robot" kerana penciptanya, Mihara Ichiro tidak mahu terikat dengan Tiga Hukum Robotik.

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ IMDB - Genres anime, komedi, drama, percintaan, fiksyen sains
  2. ^ Ichiro Mihara: "Chobi" means "little"... Two Chobi become "Chobits." It's a word I made up, since the password system won't take actual words. "Chobi" spelled in hiragana, with the last sound in katakana. Chitose Hibiya: Your daddy told me that anything he thinks is small and hopelessly adorable is "Chobi" to him. That's why you two are his "Chobits." Another thing... My Ichiro told me that the word "Chobits"... ... is special to him... ...because it's made up of the letters in my name - Chitose Hibiya. And that's why they're my children.Clamp (2003) [2001]. "Chapter 87". Dalam Jake Forbes (penyunting). Chobits volume 8 (dalam bahasa English). Tokyopop. m/s. pages 113-116. ISBN 1-59182-409-5. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]