Ustaz Haji Nasrudin Hassan Tantawi JMN | |
---|---|
نصرالدين بن حسن الطنطاوي | |
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Memegang jawatan 16 Julai 2020 | |
Timbalan | Mohd Fakhrudin Abdul Mukti |
Didahului oleh | Nik Omar Nik Abdul Aziz |
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | |
Memegang jawatan 2015 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh | |
Dalam jawatan 2013 – 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Temerloh |
Ketua Penerangan PAS | |
Dalam jawatan 2015 – 2019 | |
Didahului oleh | Mahfuz Omar |
Digantikan oleh | Kamaruzaman Mohamad |
Ketua Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2009 – 2013 | |
Timbalan | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2011-2013) Azman Shapawi Abd Rani (2009-2011) |
Didahului oleh | Salahuddin Ayub |
Digantikan oleh | Suhaizan Kayat |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Batu 13, Besut, Terengganu | 24 November 1970
Parti politik | PN PAS |
Pasangan | Wan Hamidah Wan Daud |
Anak-anak |
|
Ibu | Siti Mariah binti Derani |
Bapa | Hassan bin Mohamad |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi (Jawi: نصرالدين بن حسن الطنطاوي ) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dalam parti politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].
Nasrudin Hassan dilahirkan pada 24 November 1970 di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu. Isterinya Wan Hamidah Wan Daud.[3] Nasrudin memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 & 5, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian menengah di Sekolah Menenengah Dato’ Mahmud Mat, Tanah Putih, Pekan, Pahang sebelum berpindah ke Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan di Maahad Ittiba'i al-Sunnah, Kuala Pilah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian tradisi Islam di Madrasah ad-Diniah al-Bakriah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Selanjutnya beliau meneruskan pengajian di Maahad Fathul Islami, Damsyik, Syria dan di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Mesir.
Beliau pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%).
Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS (bawah Pakatan Rakyat) menentang calon BN Dato Saifuddin Abdullah, tokoh politik progresif minoriti dalam UMNO, di Parlimen Temerloh (P088). Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh.[4] Pada PRU 2018, beliau bertanding di parlimen Indera Mahkota (P082) atas tiket PAS dengan meraih hanya 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 (17.4%). [5]
Tahun | Bahagian | Calon | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Parlimen Maran | Nasrudin Hassan (PAS) | 9,227 | Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) | 15,868 | 6,641 |
2013 | Parlimen Temerloh | Nasrudin Hassan (PAS) | 28,267 | Saifuddin Abdullah (BN-UMNO) | 27,197 | 1,070 |
2018 | Parlimen Indera Mahkota | Nasrudin Hassan (PAS) | 17,515 | Saifuddin Abdullah (PH-PKR) | 28,578 | 10,950 |
Johan Mat Sah (BN-UMNO) | 17,628 |
Pada 18 Jan 2016, kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. [7][8]
Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik kenyataan tersebut dalam laman facebooknya.
Nasrudin Hassan pernah mengejutkan banyak pihak ketika ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Bharu tahun 2012 apabila mengumumkan kedudukan hartanya dengan hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.
Namun, beliau dipersoalkan kezuhudannya apabila memiliki kereta mewah Vellfire yang bernilai ratusan ribu sebaik beliau menjadi ahli parlimen Temerloh. Pada Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, poster bertajuk 'Zuhud PAS?' memaparkan perbandingan kenderaan digunakan beberapa pemimpin PAS sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen atau memegang jawatan dalam politik. [9][10]
Pada April 2015, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000.