Klang Parade
LokasiKlang, Selangor, Malaysia
Koordinat3°03′50″N 101°27′12″E / 3.06389°N 101.45333°E / 3.06389; 101.45333
AlamatNo 2112, KM2 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
PemilikARA Asia Dragon Fund
ArkitekDarryl Yamamoto[1]
Keluasan lantai peruncitan660,102 kaki persegi (61,325 m2)
Bil. tingkat5
Laman webhttp://www.klang.parade.com.my

Klang Parade ialah salah satu kompleks membeli belah utama di bandar diraja Klang, Selangor, Malaysia dengan gedung serbaneka Parkson Grand sebagai kedai utama.

Sejarah

Klang Parade dibuka pada tahun 1995. Ia dibina dan dikendalikan oleh Parkson. Pusat membeli-belah ini dijual kepada ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012 dan ditutup antara Julai 2013 dan Januari 2014 bagi tugas-tugas pengubahsuaian.

Pengubahsuai besar-besaran

Pusat membeli-belah ini telah diubah-suai selepas ia dibeli oleh syarikat ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012.[2] Klang Parade dibuka semula pada 27 September 2014.[3]

Kemudahan

Bas

Klang Parade boleh diakses dengan menggunakan perkhidmatan bas Seranas 96 dan Smart Selangor. Stesen perkhidmatan bas terletak di Jalan Meru and Jalan Pekan Baru.

Lihat juga

Pautan luar

Koordinat: 3°03′52″N 101°27′04″E / 3.06437°N 101.4512443°E / 3.06437; 101.4512443

  1. ^ "Darryl Yamamoto: The mall artist". The Star (Malaysia).
  2. ^ "Making progress under new management". The Star (Malaysia).
  3. ^ "Klang Parade ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian". The Sun (Malaysia).