Farisha Iris | |
---|---|
Nama lahir | Farisha binti Asmadi |
Juga dikenali sebagai | Farisha Iris |
Kelahiran | Selangor, Malaysia | 25 April 1999
Genre | Pop, Balad |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pengacara |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | Seventeen Eleven Music |
Laman sesawang | instagram.com/farisha_iris |
Farisha "Iris" Asmadi (lahir 25 April 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Idola Kecil 4 dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.[2]
Pada usia 11 tahun, Farisha memulakan kerjaya awalnya sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau pernah menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keempat pada 2011 dan merangkul gelaran naib juara. Farisha juga terpilih sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar di Astro Ceria dan memenangi tempat ketiga. Beliau kemudian mengacarakan rancangan pendidikan kanak-kanak ChiChi & ChaCha, namun meninggalkannya kerana memberi tumpuan kepada akademik. Beliau juga pernah menjadi wartawan lokasi Nasi Lemak Kopi O selama setahun. Pada tahun 2017, beliau merakamkan single sulungnya, "Tak Malu",[3] diikuti oleh single keduanya, "Alasan Terindah" pada 2018. Pada tahun 2020, single ketiganya menyusul dengan tajuk "Bebel". Beliau melancarkan single keempatnya, "Hello" pada Januari 2021.[4] Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem Tiba Masanya sebagai Angah di TV AlHijrah pada 2013.
Pada tahun 2019 sehingga kini, Farisha mula menceburi bidang perniagaan dan bergiat aktif dalam bidang tersebut sehingga kini. Beliau membina empayar "Diamonis Beauty" produk penjagaan kulit bersama kakaknya, Farhana Azmira binti Asmadi.
Farisha menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh sekaligus gagal mara ke konsert akhir.[5][6] Berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Tak Malu" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Pura-Pura Bujang" | Baby Shima | SELAMAT |
Minggu 3 | Duominasi | "Cinta" (duet bersama Fieya Julia) | Melly Goeslaw & Krisdayanti | SELAMAT |
Minggu 4 | Baby Bash | "Kau Kekasihku" | Siti Nurhaliza | SELAMAT |
Minggu 5 | #SandraDalamKenangan | |||
Minggu 6 | Rotasi 36T | "How You Like That" | Blackpink | SELAMAT |
Minggu 7 | Veto Juri Duominasi Platinum |
"Semalam" "Ratusan Purnama" |
Aina Abdul Martino Leo & Melly Goeslaw |
TERSINGKIR |
Farisha mempunyai lulusan dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka.[7][8] dan lulusan dalam dalam Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor. Pada Januari 2024, Farisha telah mendapat kelulusan dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor. Pada ketika ini, beliau menyambung pendidikan PhD dalam Komunikasi Massa di universiti yang sama.
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Tak Malu"[9] | 2017 |
"Alasan Terindah" | 2018 |
"Bebel" | 2020 |
"Hello" | 2021 |
"Baek" | |
"Raya Bersama" | 2023 |
"Rasa" | 2024 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Cheritera | Dayang Suraya | TV9 | |
2023 | Lecturerku Oppa | Naura | iQIYI |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Tiba Masanya | Angah | TV AlHijrah |
2020 | Kifarah Buta | Suraya | Astro Citra |
2023 | Pukul Mersing | Tiya | TV3 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Idola Kecil (musim 4) | Peserta | TV9 |
2012 | Nasi Lemak Kopi O | Pengacara | TV9 |
2013 | Ceria Popstar (musim 1) | Peserta | Astro Ceria |
2014 | Chichi & Chacha (musim 1) | Pengacara | |
2020 | Big Stage (musim 3) | Peserta | Astro Ria |
2022 | Infiniteen RTM | Pengacara | RTM |
2023 | Infiniteen RTM | Pengacara | RTM |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2016 | "Segalanya" | Single oleh Haqiem Rusli |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |