Bandar | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Muzik Hit Terkini |
Tarikh siaran pertama | 1 Ogos 1998 |
Format | Muzik Kontemperari Hit |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Era FM (1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Maestra Broadcast Sdn Bhd) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | era |
ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. Ia memainkan muzik kontemporari hit melayu dan antarabangsa yang terkini dan terbaik disamping dengan penyampainya yang berverstail yang terdiri daripada selebriti terkemuka di Malaysia. Ia dilancarkan pada 1 Ogos 1998 dan ia juga merupakan sebuah radio melayu swasta pertama yang ditempatkan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tempat ibu pejabat Astro.
ERA Sarawak (dahulu dikenali sebagai ERA FM Sarawak) merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. ERA Sarawak ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di luar Kuching, iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tempat ibu pejabat Astro.
Bandar |
|
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Muzik Hit Terkini |
Tarikh siaran pertama | 25 Oktober 2010 |
Format | Muzik Kontemperari Hit |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Era FM Sarawak (25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | era |
ERA Sabah (dahulu dikenali sebagai ERA FM Sabah) merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. ERA Sabah ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di luar Kota Kinabalu, iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tempat ibu pejabat Astro.
Bandar |
|
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Muzik Hit Terkini |
Tarikh siaran pertama | 1 Disember 2010 |
Format | Muzik Kontemperari Hit |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Era FM Sabah (1 Disember 2010 -31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | era |
Pada September 2010, ERA Sarawak dan ERA Sabah telah dilancarkan bersama rakan Inggeris dan Cina masing-masing Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]
Antara 2017 dan 2018, pilihan keluar Sabah dan Sarawak telah dinaik taraf kepada cawangan tempatan sepenuhnya, dengan semua kandungan berasal dari ibu kota masing-masing 24 jam sehari, dan menamatkan pergantungan dengan perdana Kuala Lumpur pada waktu luar puncak. Era FM Sabah menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017. Era Sarawak mengikutinya pada 22 Januari 2018.[perlu rujukan]
Pada 2 Januari 2018, Era FM Sarawak dan Era FM Sabah telah dijenamakan semula kepada ERA Sarawak dan ERA Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]
Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]
Sebagai keputusan, saluran radio bahasa Inggeris dan Cina, Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah akan dikembalikan semula siarannya ke Kuala Lumpur.[perlu rujukan]
Permulaan siaran ERA Sabah dan ERA Sarawak di Bukit Jalil bermula pada 8 Januari 2024 manakala studio-studio ERA Sabah dan ERA Sarawak di Kota Kinabalu dan Kuching akan menyiarkan siaran akhirnya pada 7 Januari 2024.[perlu rujukan]
Pada hari yang sama, ERA Semenanjung, ERA Sabah dan ERA Sarawak menjadi sebahagian daripada rangkaian Astro Radio sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]
ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.
Era FM pernah menjadi peneraju dalam stesen radio FM berbahasa Melayu, tetapi telah kehilangan popularitinya kepada stesen kakaknya, Sinar FM. Pada 2012, Era FM mendapat semula tempat teratas sebagai stesen radio paling popular di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Era FM ialah stesen radio pertama di Malaysia yang memegang tiga rekod dalam Malaysia Book Of Records sejak 1998.
Pada 2 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.
Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.
Buat julung kalinya, stesen radio Suria dan Era bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi Era pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan"ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini", menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.
Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.
Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekali gus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air.
"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.
"Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata, meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, pihaknya percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.
"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria akan Gagah Bersama," katanya.[3]
Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.
Syamimi* - Era Terengganu
Razif Abdul Roslin (Pak Pek)* Era Kelantan (1974-2019)
Erlinda* - Era Johor (2018–2020)
Nota: Telah meninggal dunia
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
3 Pagi ERA | Azad Jasmin, Nabil & Radin | 06:00 - 10:00 |
ERAthon | Munaabella | 10:00 - 13:00 |
Gempak Hit ERA | Isha Norsham | 13:00 - 16:00 |
Petang ERA | Haniff & Ray | 16:00 - 20:00 |
PM 40 ERA | Fazziq Muqris | 20:00 - 00:00 |
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 07:00 | |
Sabtu Pagi ERA | Namie & Hawa Rizwana | 07:00 - 10:00 |
Super Safee ERA | Safee Sali | 10:00 - 11:00 |
#HujungMingguERA | — | 11:00 - 15:00 |
Carta ERA 40 (disambung siar dari stesen radio ERA Sarawak dan ERA Sabah) | Elly Mazlein | 15:00 - 19:00 |
Nonstop ERA | — | 19:00 - 21:00 |
RIM CHART ERA | Isha Norsham | 21:00 - 22:00 |
Flow ERA | Zahier | 22:00 - 23:00 |
Seram Sabtu ERA | MR E | 23:00 - 00:00 |
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
The Best of 3 Pagi ERA | — | 06:00 - 08:00 |
Carta ERA 40 (ulangan) (disambung siar dari stesen radio ERA Sarawak dan ERA Sabah) | Elly Mazlein | 08:00 - 12:00 |
Throwbaek ERA | Fazziq Muqris | 12:00 - 13:00 |
Soundtrek ERA | — | 13:00 - 14:00 |
#HujungMingguERA | — | 14:00 - 18:00 |
Ulangan RIM CHART ERA | Isha Norsham | 18:00 - 19:00 |
Nonstop ERA | — | 19:00 - 22:00 |
Lagu Baru Nak Up ERA | Fazziq Muqris | 22:00 - 23:00 |
Hallyu ERA | Munabella | 22:00 - 23:00 |
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
Ooha Pagi ERA | Ilmo & Alisa | 06:00 - 10:00 |
Acak Tok ERA | Asyilah | 10:00 - 13:00 |
Seranto ERA | Haziq | 13:00 - 16:00 |
Rilek Petang ERA | Dhirah | 16:00 - 20:00 |
Malam ONZ ERA | Ameer | 20:00 - 00:00 |
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
Konco Pagi ERA | Addnan, Mijul & Emma | 06:00 - 10:00 |
Stready Bah ERA! | Melanie | 10:00 - 13:00 |
Gen E | Adam | 13:00 - 16:00 |
ERAmaiti | Nicky | 16:00 - 20:00 |
Bah Kasi Jadi ERA! | Deemike | 20:00 - 00:00 |
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 07:00 | |
Borneo Pagi ERA | Fieya Julia & Daniel Chuer | 07:00 - 10:00 |
Pingat | Penyanyi | Lagu | Nota |
---|---|---|---|
Emas | Haqiem Rusli Floor 88 Siti Nordiana X-Pose |
Tergantung Sepi Zalikha Terus Mencintai Sandiwara |
Lagu Sandiwara nyanyian X-Pose menjadi sebagai juara ke dalam carta. |
Perak | X-Pose Siti Nordiana Khai Bahar |
Sandiwara Terus Mencintai Luluh |
|
Gangsa | Hael Husaini | Jampi |
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
103.3 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali |
103.6 MHz | Perlis dan Alor Setar, Kedah | Gunung Jerai |
Pulau Pinang | ||
Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | |
103.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
95.2 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
90.7 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya |
90.3 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
104.5 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
98.0 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
102.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
103.3 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau |
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 856 |
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
96.1 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
96.3 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima |
101.3 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
102.4 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |
103.0 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK
Pada 1 Januari 2018, Azan di ERA ditamatkan kerana disampaikan waktu solat bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia tetapi Maghrib setiap bulan dan Subuh bulan Ramadan, ERA masih disiarkan Azan.
Pada 17 Januari 2022, ERA disiarkan semula Azan setiap waktu solat fardu bersama-sama stesen kembar SINAR, GEGAR dan ZAYAN kerana ERA di SYOK dilancarkan ERA Nusantera, ERA Flow, ERA Cintan, ERA K-Hit, ERA Throwbaek, ERA Thon, ERA Nurock dan ERA Indie pada 1 November 2021 secara eksklusif di SYOK.