Diplomat adalah orang yang dilantik oleh sesebuah negara untuk menjalankan diplomasi dengan satu atau lebih negara atau pertubuhan antarabangsa. Fungsi-fungsi utama diplomat adalah: perantara dan pelindung kepentingan dan rakyat negeri pengirim; pemula dan pemudah perjanjian strategik; surat perjanjian dan konvensyen; promosi maklumat; perniagaan dan perdagangan; teknologi; dan hubungan persahabatan. Diplomat yang mempunyai pengalaman antarabangsa digunakan dalam pertubuhan antarabangsa (misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) serta syarikat multinasional untuk pengalaman mereka dalam kemahiran mengurus dan berunding. Diplomat adalah ahli perkhidmatan luar negeri dan kor diplomatik pelbagai negara di dunia.

Diplomat adalah jawatan tertua dalam institusi dasar luar negeri, lebih awal daripada kewujudan menteri luar negeri dan pejabat menteri. Mereka biasanya mempunyai kekebalan diplomatik.

Terminologi

Penggunaan tetap perwakilan diplomatik bermula antara negeri-negeri Itali abad ke-15. Namun istilah ‘diplomasi’ dan ‘diplomat’ muncul dalam Revolusi Perancis. Perkataan diplomat berasal dari bahasa Yunani διπλωμάτης (diplōmátēs), pemegang diploma, merujuk kepada watikah pelantikan diplomat dari pemerintah mereka.[1]

Diplomat sendiri dan sejarawan sering merujuk pada kementerian luar negeri dengan alamatnya: iaitu Ballhausplatz (Vienna), Quai d’Orsay (Paris), Wilhelmstraße (Berlin); dan Foggy Bottom (Washington). Untuk imperial Rusia hingga tahun 1917 ia beralamat Choristers’ Bridge (St Petersburg). Kementerian Itali di panggil "the Consulta."[2]

Rujukan

  1. ^ Matthew S. Anderson, The Rise of Modern Diplomacy, 1450–1919 (1993), pp. 6.
  2. ^ David Stevenson, "The Diplomats" in Jay Winter, ed. The Cambridge History of the First World War: Volume II: The State (2014) vol 2 p 68.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Kategori berkenaan Diplomat di Wikimedia Commons