Diploma (dari Yunani δίπλωµα. díplōma, membawa pengertian "kertas berlipat") ia merupakan sijil ataupun ijazah yang dikeluarkan oleh sesuatu institusi pendidikan tertentu sama ada dari peringkat kementerian, sekolah tinggi, kolej, kolej universiti mahupun universiti. Penganugerahan pangkat akademik diploma adalah merupakan suatu pengesahan bahawa penerima telah berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang-bidang pengajian akademik tertentu. Dalam negara-negara seperti United Kingdom dan Australia, perkataan diploma merujuk kepada aras penganugerahan akademik. Perkataan diplomat dan diplomasi asalnya juga sama, dari suatu bentuk akreditasi "kertas berlipat" rasmi yang disampaikan kepada duta atau delegasi.

Dalam sesetengah negara seperti UK dan Australia, sesuatu dokumen boleh dipanggil testimonium atau testamur, Latin untuk membawa erti "kami perakui" atau "disahkan", dan perkataan ini sering digunakan dalam ayat pertama dalam sijil diploma tersebut. Dalam negara Ireland, ia biasanya dipanggil sebagai parchment. Sijil dimana penerima Nobel menerima watikah penghargaannya yang juga dipanggil diploma.

Terma diploma acap kali digunakan dalam sesetengah konteks sejarah, merujuk kepada dokumen yang ditandatangani oleh Raja untuk mengesahkan geran tanah atau tempoh tanah yag dinyatakan beserta dengan terma dan syarat tertentu.

Contoh-contoh diploma

Berikut adalah contoh-contoh diploma yang disusun pada kedudukan menaik taraf akademik.

Lihat juga

lain-lain

Rujukan