| |||
Nama | |||
---|---|---|---|
Nama IUPAC
7,9-dihydro-1H-purine-
2,6,8(3H)-trione | |||
Nama lain
2,6,8 Trioxypurine
| |||
Pengecam | |||
Imej model 3D Jmol
|
|||
ChEMBL | |||
ChemSpider | |||
ECHA InfoCard | 100.000.655 | ||
Nombor EC |
| ||
KEGG | |||
PubChem CID
|
|||
UNII | |||
CompTox Dashboard (EPA)
|
|||
| |||
Sifat | |||
C5H4N4O3 | |||
Jisim molar | 168g/mol | ||
Rupa bentuk | Hablur putih | ||
Ketumpatan | 1.87 | ||
Takat lebur | mengurai ketika dipanaskan | ||
Takat didih | N/A | ||
Sedikit | |||
Keasidan (pKa) | 5.8 | ||
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |||
![]() ![]() ![]() | |||
Rujukan kotak info | |||
Asid urik (atau urat) adalah sejenis sebatian kitar hetero yang merangkumi komponen karbon, nitrogen, oksigen, dan hidrogen dengan formula kimia C5H4N4O3. Asid Urik dicipta apabila badan mensintesiskan nuklotida purin.
Asid urik adalah sejenis Asid diptorik dengan pKa1=5.4 dan pKa2=10.3.[2] Maka apabila ia bertindak balas dengan alkali kuat pada kadar pH yang tinggi, ia terbentuk ganda dua yang mengecas ion urat secara penuh, tetapi pada pH biologikal atau dalam bentuk asid karbonik atau ion karbonat, ia membentuk cas tunggal hidrogen atau ion asid urat sebagai ia punya pKa2 yang lebih besar daripada pKa1 asid karbonik. Sebagai ionisasi kedua ia sangat lemah, garam urat penuh mampu menghidrolis kembali kepada garam hidrogen urat dan bebas bes pada nilai ph dalam lingkungan neutral. Asid urik beraroma kerana fungsi kumpulan purin.
Asid Uric dihasilkan oleh xanthine oxidase dari xanthine dan hypoxanthine, dimana ia bertukar dihasilkan dari purin. Asid urik lebih bertoksik kepada tisu berbanding xanthine atau hypoxanthine.[perlu rujukan] Asid urik terhasil dalam keadaan hiposik.[3]
Dalam manusia dan primat tertinggi, asid urik adalah hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purin]] dan ia disingkirkan dalam urin. Dalam kebanyakan mamalia, enzim uricase mengoksidasikan asid urik kepada allantoin.[4] Kehilangan uricase dalam primat tertinggi selari bersamaan dengan kehilangan kemampuan untuk mensintesiskan Asid askorbik.[5] Kedua-dua asid urik dan asid askorbik adalah kuat sebagai ejen penurun (penderma elektron) dan sebagai antioksida yang baik. Dalam manusia, lebih setengah dari kapasiti antioksida dalam plasma darah datang dari asid urik.[6] Anjing Dalmatian mempunyai kecacatan genetik dalam pengambilan asid urik oleh organ hati dan buah pinggang, yang hasilnya membawa kepada penurunan pertukaran kepada allantoin, jadi baka ini hanya membuang asid urik, bukannya allantoin, dalam air kencingnya.[7]
Dalam burung dan reptilia, dan haiwan mamalia padang pasir seperti tikus kangaroo), asid urik adalah produk hasilan terakhir bagi metabolism purin, tetapi ia disingkirkan melalui najisnya dalam bentuk jisim kering. Ini melibatkan laluan metabolism yang kompleks dan rumit. Kesan dari metabolism adalah tinggi kadar tenaga digunakan berbanding proses keatas bahan buangan nitrogen yang lain seperti urea dari kitar urea atau ammonia, tetapi mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kehilangan air dalam tubuh.[8]
Dalam manusia, kira-kira 70% dari buangan asid urik berlaku melalui buah pinggang, dan dalam 5-25% manusia didunia mempunyai kegagalan renal (buah pinggang) menjalankan perkumuhan kepada hyperuricemia.[9]
Beberapa orang mempunyai keadaan dimana mengalami mutasi protein bertanggungjawab untuk menyingkirkan asid urik dari buah pinggangnya. Sembilan (9) gen setakat ini dikenal pasti: SLC2A9; ABCG2; SLC17A1; SLC22A11; SLC22A12; SLC16A9; GCKR; LRRC16A; dan PDZK1.[10][11] SLC2A9 diketahui menyalurkan asid urik dan fruktosa.[9][12]
Dalam plasma darah manusia, purata nilai rujukan bagi asid urik bagi manusia normal[13] adalah antara 3.6 mg/dL (~214µmol/L) hingga 8.3 mg/dL (~494µmol/L) (1 mg/dL=59.48 µmol/L).[14] Kepekatan asid urik dalam plasma darah samada tinggi atau rendah dari paras normal boleh menyebabkan keadaan dimana disebut hyperuricemia dan hypouricemia. Manakal kepekatan asid urik yang tinggi atau rendah dari aras normal dalam air kencing disebut hyperuricosuria dan hypouricosuria. Ketidaknormalan dalam aras kepekatan asid urik bukan termasuk dalam keadaan perubatan , tetapi ia tetap memberi kesan yang pelbagai kepada masalah kesihatan misalnya kerosakan senyap buah pinggang.
Kandungan Nitrogen yang tinggi dalam asid urik membuatkan terjadinya guano dimana guano banyak digunakan dalam industri pertanian sebagai baja tanaman.[perlu rujukan]
Asid urik dalam bentuk hablur kristal digunakan sebagai bahan pembias dalam beberapa spesies kelip-kelip.[perlu rujukan]
Asid urik dalam air kencing juga dapat mengeringkan lampin bayi bagi membentuk tepung merah jambu yang tidak membahayakan dan tidak mencederakan bayi.[perlu rujukan]
Urat telah dikaji sebagai bahan antioksida pelbagai guna dalam merawat penyakit Parkinson.[18]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)
|month=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)
|month=
ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author=
(bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|month=
ignored (bantuan)
|month=
ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author=
(bantuan)
|month=
ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Asid urik |