Nama
Inggeris: Aljunied
Cina: 阿裕尼
(Pinyin: āyùní)
Melayu: Aljunied

الجنيد‎

Tamil: அல்ஜூனிட்
Aljunied
Subbandar daripada Kawasan Perancangan Geylang
Transkripsi Nama
 • Cina阿裕尼
 • PinyinĀyùní
 • MelayuAljunied (Rumi)
الجنيد(Jawi)
 • Tamilஅல்ஜூனிட்
Aljunied is located in Bumi
Aljunied
Aljunied (Bumi)
Koordinat: 1°18′59.19″N 103°52′58.73″E / 1.3164417°N 103.8829806°E / 1.3164417; 103.8829806Koordinat: 1°18′59.19″N 103°52′58.73″E / 1.3164417°N 103.8829806°E / 1.3164417; 103.8829806
CountrySingapura
Kawasan PerancanganGeylang

Aljunied ialah kawasan subbandar yang terletak di bahagian tengah Singapura. Ia dinamakan bersempena Jalan Aljunied, yang pernah menjadi tanah pertanian sebelum mengalami perubahan pembangunan yang pesat dan kini dibangunkan untuk pelbagai tujuan. Kini, Aljunied merupakan sebuah kejiranan yang sibuk dengan flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) yang dilengkapi kemudahan seperti kedai, sekolah, taman dan kemudahan rekreasi, serta tidak ketinggalan sejumlah rumah kedai tradisional Singapura.

Etimologi

Jalan Aljunied telah dinamai secara rasmi pada tahun 1926 selepas Syed Omar bin Ali Aljunied meninggal dunia pada tahun 1852. Syed Omar merupakan seorang pedagang Arab yang datang berdagang dari Palembang ke Singapura, di mana beliau sebelumnya telah memulakan perniagaan di pekannya di Tarim, Hadramaut (Yaman). Beliau merupakan seorang yang amat disegani, beliau telah disayangi oleh Raja Muda Melayu. Syed Omar dikatakan merupakan seorang yang berketurunan Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah anak saudara lelaki kepada Syed Mohammed bin Harun Aljunied, yang juga datang dari Palembang ke Singapura beberapa hari sebelum peristiwa Singapura ke arah kemodenan bermula pada tahun 1819.

Syed Omar ialah seorang hartawan dermawan. Beliau telah mewakafkan suatu plot tanah yang cukup besar untuk kegunaan Makam Perkuburan Muslim di Victoria Street dan membina Masjid yang dinamai Masjid Omar Kampong Melaka di Bencoolen Street. Masjid tersebut merupakan masjid tertua di Singapura. Tapak dimana berdirinya Gereja St Andrews sebenarnya turut diberikan oleh beliau bagi mengeratkan hubungan antara penganut beragama Kristian. Beliau dan keluarganya telah memberi sumbangan yang cukup besar dalam pembinaan Hospital Tan Tock Seng.

Dalam tahun 1927, seorang daripada keturunannya yang bernama Syed Abdul Rahman Aljunied, telah membina Madrasah Aljunied Al-Islamiah berdekatan dengan Makam Syed Omar yang terletak di Victoria Road. Madrasah Aljunied merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang telah berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuwan Islam dan pemikir falsafah yang terkenal dan handal dalam ilmu pemikiran, fiqh, tasawuf dan pelbagai lagi dalam bidang pengajian Islam yang lain.

Pendidikan

Tadika

Sekolah rendah

Sekolah Menengah

Sekolah khas

Pusat pengajian tinggi

Pengangkutan

Stesen MRT

Terminal bas

Kemudahan

Keselamatan

Kesihatan

Keagamaan

Lihat juga

Rujukan

Pustaka

Pautan Luar