Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar adalah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan beranggotakan empat Anggota Parlimen (AP) yang mewakili empat subbandar di sekitar Kawasan Tengah daripada Singapura. Kawasan ini dinamai Jalan Besar kerana letaknya yang berada di tengah GRC. Jalan ini terlerak di kawasan perancangan Kallang, yang juga menjadi bagian daripada GRC ini. Empat wad di GRC ini meliputi Kampong Glam, Kolam Ayer, Kreta Ayer-Kim Seng dan Whampoa.
GRC ini mengandungi sejunlah tempat penting. Beberapa di antaranya ialah Little India, Jalan Desker, Kolam Ayer dan Crawford. Di dalam Kreta Ayer-Kim Seng sendiri terdapat Sungai Singapura, Chinatown dan Bukit Ho Swee.
Sejarah
GRC Jalan Besar dimansuhkan menjelang pilihan raya 2011. Akibatnya, kawasan Kreta Ayer-Kim Seng masuk ke dalam Kawasan Tanjong Pagar, Whampoa menjadi Kawasan Undi sendirian, dan Moulmein, dari Tanjong Pagar, berubah menjadi Kawasan Undi Moulmein-Kallang. Akan tetapi, GRC ini berubah ulang di tahun 2015 manakala sebahagian besar daripada wilayah-wilayah tersebut digabung ulang kecuali wad Jalan Besar yang diukir dan digabung ke dalam wad-wad yang lain.
GRC Jalan Besar dikuasai Lee Boon Yang dari 1988 sehingga 2009, Yaacob bin Ibrahim dari 1997 sehingga 2020 (kecuali 2011 - 2015 yang masuk GRC Moulmein-Kallang), Lily Tirtasana Neo dari 2001 sehingga 2020 (kecuali 2011 - 2015 yang masuk GRC Tanjong Pagar) dan Denise Phua Lay Peng dari 2006 hingga masa kini. Tahun 2020, Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo Li Min dipindah dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh untuk bertanding di Kawasan ini. Kawasan ini merupakan kawasan yang dipertandingkan oleh parti-parti pembangkang di setiap pilihan rayanya kecuali pada pilihan raya tahun 1991.
↑Choo Wee Khiang meletak jawatan sebelum didakwa dan disabitkan kesalahan pada 1999 kerana penyalahgunaan kewangan.[1] Tidak ada pilihan raya kecil diadakan kerana ini adalah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan sehingga semua kerja di wad Whampoa diserahkan kepada pengerusi wad yang lain.
Tanggungjawab operasi
Kampong Glam - Kg Glam, Crawford, Jalan Pantai, Jalan Bras Basah, Kg Bugis, Gedung Pusat Bandar Raya, Bencoolen, Jalan Kent (Blok 51-54), Jalan Race Course, Jalan Permual (Blok 681-685 dan 677-678), Avenue Raja George, Lavender, Pusat Marina, Jalan Besar, Jalan Waterloo, Temasek Boulevard, bahagian utara Sungai Singapura, Rowell Court dan Kelantan Court
Kolam Ayer - Geylang Bahru, Bendemeer & Jalan Serangoon (di sebelah utara Sungai Kallang), Jalan St George's, Sims Place, Sims Drive, Sims Vista, Jalan Upper Boon Keng, Stesen MRT Kallang, Lorong 1-22 Geylang, Kallang Bahru dan The River Vista@Kallang
Kreta Ayer–Kim Seng - Jalan Havelock, Jalan Bukit Ho Swee, Jalan Indus, Beo Crescent, Kreta Ayer, Chinatown, Taman Rakyat, Jalan Maxwell, Bangunan Kementerian Pembangunan Nasional (MND), Marina Bay Sands, Komplek Hong Lim, Boat Quay, Clarke Quay, Downtown Teluk Marina, Raffles Place, Marina Barrage, Gardens by the Bay, sebelah timur Jalan Tanjong Pagar, Marina South Pier dan sebelah selatan Sungai Singapura
Whampoa - Novena Square, Square 2, Pusat Medikal Novena, Jalan Balestier, Jalan Moulmein, Jalan Rajah, Jalan Tenteram, Estet HDB Whampoa, Lorong Limau, Jalan Bahagia, Jalan Towner, Jalan McNair, Bendemeer, Mall Perbelanjaan Bendemeer, The City View dan Boon Keng